Usus yang kuat adalah kunci untuk tumbesaran dan perkembangan holistik. Friso® Gold bukan sahaja menyampaikan nutrien-nutrien yang disemak kualiti tetapi juga memastikan ianya mudah dihadam dan diserap oleh perut si manja.
Mineralisasi kasein rendah membolehkan protein susu mudah dihadam oleh perut si manja.
Tahap GOS yang tinggi menggalakkan pertumbuhan bakteria usus yang baik.
Memperkukuh mikrobiota usus yang sihat.
Mengekalkan rasa ringan susu yang semula jadi, menjadikannya lebih mudah dinikmati oleh kanak-kanak.
Disokong oleh 150 tahun kepakaran sains tenusu Belanda, kami memahami keperluan nutrisi anak anda. Penternak kami memilih lembu-lembu Friesian secara teliti berdasarkan kesihatan mereka, kualti susu, dan komposisi. Menggunakan sensor leher yang canggih, penternak kami memantau rapi aktiviti harian setiap lembu -- langkah-langkah mereka, masa berehat, dan pengambilan makanan. Melalui analisis keadaan fisiologi dan kandungan makronutrien susu, kami menyesuaikan diet mereka untuk menjamin NOVAS™ Signature Milk yang disemak kualiti.
Teknologi LocNutri® menggunakan pemprosesan minima dengan rawatan haba tunggal untuk memastikan protein lebih dekat dengan keadaan semula jadi dan aslinya supaya mudah diserap oleh usus. Dengan teknologi ini, Friso® Gold secara efektifnya mengekalkan lebih 90% nutrien semula jadinya dalam bentuk cecair, meningkatkan penghadaman.
TrackEasy membolehkan anda mengesan tin anda ke ladang asal yang spesifik di Belanda. Anda boleh semak cuaca dan kualiti udara masa sebenar, dan ketahui lebih lanjut tentang maklumat kualiti ladang, pemeriksaan susu dan tarikh pengumpulan. Daripada pengangkutan sehingga ke pembungkusan dan pemeriksaan ketat, setiap langkah seluruh proses adalah tersedia untuk anda lihat sebagai jaminan tambahan.