Produk ini 100% dari Belanda.
Nutrien dalam struktur aslinya mudah untuk dihadam. Walau bagaimanapun, keadaan yang terlalu panas semasa pembuatan susu boleh mengubah struktur dan memusnahkan nutriennya. Friso® Gold dengan teknologi LocNutri™ memelihara nutrien di dalam struktur aslinya.
Berikan nutrien yang diperlukan oleh anak anda dengan Friso® Gold untuk penghadaman yang lebih mudah, memberi peluang kepada anak anda untuk menjadi kuat dari dalam.
Friso® Gold, susu tepung formula yang semula jadinya memberi khasiat kepada anak anda yang berusia 1,2 atau 3 tahun dengan nutrien-nutrien Mudah Dihadam supaya mereka mendapat dalaman yang kuat untuk mengalami kehidupan yang terbaik dan penuh dengan anda. Pilihan sokongan nutrisi yang tepat melalui susu tepung formula untuak kanak-kanak berusia 1,2 dan 3 tahun.
DHA, AA, Omega 3&6 - Untuk membantu pembelajaran dan pertumbuhan mental. DHA adalah penting untuk penglihatan optima dan perkembangan kognitif. AA terkenal dengan peranan utamanya untuk kesihatan optima, kognisi dan perkembangan. Asid lemak Omega 3 & 6 adalah penting untuk perkembangan normal otak yang normal, sistem saraf, organ deria dan kecerdasan3.
Kalsium, Protein, Vitamin & Mineral - Pertumbuhan otot dan tulang. Kalsium membantu dalam pertumbuhan dan perkembangan otot dan gigi yang normal. Protein adalah penting untuk tumbesaran anak anda, penyelenggaraan dan pembaikan badan. Vitamin dan mineral adalah penting untuk pembesaran dan metabolisma5.
2'-FL, GOS, Nukleotida & Bifido Lactis - Membantu penyerapan nutrien utama dan membina sistem pertahanan diri yang kuas. 2'-FL dan GOS adalah prebiotik yang dapat membantu sembelit dan lain-lain. Nukleotida menggalakkan pertumbuhan gastrousus dan imunologi yang sihat kanak-kanak. Bifido Lactis adalah penting untuk pencegahan cirit-birit serta kematangan imunisasi dan usus8.
Nutrien-nutrien dalam keadaan semula jadinya adalah lebih mudah untuk perut menghadam. Ini bermaksud perut anak anda tidak akan tertekan dan mengurangkan kebarangkalian dia mendapat sembelit. Oleh yang demikian, penting untuk membina sistem penghadaman yang kuat, menyokong imunisasi dan memberikan tenaga yang diperlukan untuk perkembangan.
| ||||
| ||||
Apabila anda telah memilih susu formula yang baru untuk anak anda, tukarkan pengambilan susu secara berkala dalam masa satu ke dua minggu. Berikut merupakan jadual panduan ringkas tentang cara menukar daripada formula semasa anda kepada, sebagai contoh, Friso® Gold:
Sebagai ibu bapa Malaysia, cubaan untuk mencari susu tepung formula yang sesuai untuk anak-anak berusia 1-3 tahun boleh menjadi sebuah tugasan yang mencabar. Anda perlu membuat perbandingan bahan-bahan setiap jenama dan jenis formula, mencari perisa yang sesuai untuk mereka, dalam masa yang sama mengimbangkan kos-kos perbelanjaan. Ini mungkin mengambil sedikit masa untuk belajar dan mencuba, jadi bersabarlah! Penting juga untuk anda mengesahkan dan menyemak bagaimana setiap susu formula diperoleh dan dihasilkan untuk ketenangan fikiran yang lebih baik apabila anda ingin memberikan anak anda susu formula yang paling sesuai dan selamat.
Artikel ini mempunyai maklumat tentang jenis-jenis susu formula yang berbeza dan nasihat untuk cara-cara menukarkan susu formula anak anda kepada yang lain. Walaupun kami cuba memastikan garis panduan yang boleh dipercayai kepada anda, kami mengesyorkan anda mendapatkan sokongan daripada doktor pilihan anda jika anda mempunyai soalan atau kebimbangan yang ingin anda jelaskan.
Produk ini 100% dari Belanda.
Friso® Gold 3 adalah disyorkan untuk kanak-kanak berusia di antara 1 dan 3. Anak anda kini sudah cukup umur untuk minum Friso® Gold 4.
Jangka hayat untuk produk Friso® Gold adalah 2 tahun.
Masukkan 6 senduk Friso® Gold 3. | |
Campurkan dengan 180ml air suam yang telah dididih (kira-kira 40°C). | |
Kacau secara ringan sehingga sebati untuk mengurangkan gelembung udara. |
• | Gunakan Friso® Gold 3 yang disediakan dalam tempuh masa maksimum 1 jam selepas penyediaan. |
• | Buang susu yang tidak habis selepas minum, dan simpan susu tepung di tempat yang sejuk dan kering. |
• | Sebaiknya gunakan air yang disejukkan sehingga bawah 40°C (suam). Susu tepung mungkin tidak larut dengan baik jika air sejuk digunakan. |
Ia disyorkan untuk anak anda minum sebanyak 2 - 3 gelas Friso® Gold 3 setiap hari.