Produk ini 100% dari Belanda.
Untuk memenuhi keperluan khusus bakal ibu-ibu, susu untuk ibu mengandung sering disyorkan kerana ia membantu mengimbangi keperluan pemakanan anda dan anak anda dengan selamat. Kami telah merumuskan susu formula Friso® Gold Mum dengan mengambil kira ibu dan anak, dan formula Dual Care+ yang unik menyokong anda dalam perjalanan kehamilan anda.
Jika anda tertanya-tanya bilakah masa terbaik untuk mengambil susu sewaktu mengandung, ambil perhatian bahawa anda boleh bermula sebaik sahaja anda mengetahui kehamilan anda. Pengambilan kandungan kalsium dan mineral-mineral yang lain yang mencukupi untuk menyokong anda semasa dan selepas kehamilan adalah mencabar, jadi kami telah sertakan jumlah yang sihat ke dalam Friso® Gold Mum untuk menyokong perubahan fisiologi anda sewaktu mengandung. Friso® Gold Mum bukan sahaja formula susu untuk kehamilan, ia juga menyediakan asas yang baik untuk anak anda yang sedang membesar. Malahan, beberapa nutrien-nutrien penting yang disediakan oleh Friso® Gold Mum kepada anda termasuk:
Vitamin B12 – Diperlukan untuk pembuatan sel darah merah dan fungsi sistem saraf yang sihat.
Asid folik – Asid folik untuk ibu mengandung adalah penting untuk perkembangan dan pembahagian sel-sel janin. Folat memainkan peranan dalam pembentukan sel darah merah. Folat membantu mengekalkan tumbesaran dan perkembangan janin.
Iodin – Penting untuk pembentukan hormon tiroid, yang menyokong perkembangan otak.
Vitamin D – Vitamin D adalah diperlukan untuk penyerapan dan penggunaan kalsium dan fosforus.
Kalsium – Kalsium membantu dalam perkembangan tulang dan gigi yang kuat.
Indeks glisemik rendah – Indek glisemia (GI) merupakan sebuah sistem penilaian untuk makanan yang mengandungi karbohidrat. Ia menunjukkan betapa cepat makanan mempengaruhi paras gula (glukosa) dalam darah anda apabila dimakan sendiri. Indeks glisemik rendah (GI) mampu membantu ibu untuk mengelakkan menjadi berlebihan berat badan sewaktu mengandung.
Isi kandungan penting dalam susu formula Friso® Gold Mum
Kolina -Kolina adalah satu nutrien penting yang dapat membantu otak dan saraf tunjang anak anda berkembang dengan baik. Kolina membantu otot mengecut dan memainkan peranan dalam perkembangan otak, termasuk pengingatan dan pemikiran. 1
Magnesium - Mempromosikan penyerapan dan pengekalan kalsium.
Vitamin-vitamin B - Keseluruhan 8 kompleks vitamin B adalah penting untuk anda dan anak ada yang sedang membesar. Makanan yang kaya dengan vitamin B membantu dalam penggalakkan tenaga semula jadi.3
Prebiotik - Prebiotik merupakan sejenis karbohidrat yang membantu memberi makanan kepada bakteria baik di dalam perut dan melengkapkan keseimbangan diet, dan ianya baik untuk dimakan sewaktu mengandung. 4
DHA - Asid docosahexaenoic adalah asid berlemak omega-3. Ia adalah penting dalam perkembangan mata dan tisu-tisu saraf dan juga mengurangkan risiko penyakit jantung dan peredaran darah. Ia boleh didapati dalam ikan tuna, salmon dan lain-lain lagi. 5
Diperlukan untuk pembuatan sel darah merah dan fungsi sistem saraf yang sihat.
Asid folik untuk ibu mengandung membantu dalam pembuatan sel darah merah, sintesis nukleotida dan pembahagian sel, sambil membantu perkembangan otak dan sistem saraf dan mengurangkan insiden kecacatan tiub neural pada bayi.
Penting untuk pembentukan hormon tiroid, yang menyokong perkembangan otak.
Penting untuk pembentukan tulang yang normal, dan penyerapan dan penggunaan kalsium.
Membantu dalam tumbesaran dan pembentukkan tulang yang normal.
Sesungguhnya, susu lembu dan juga alternatif-alternatif susu yang lain adalah sihat untuk diet ibu mengandung. Walau bagaimanapun, anda tidak boleh hanya bergantung kepada susu sahaja untuk memenuhi keperluan nutrisi kehamilan lengkap anda. Makanan-makanan juga adalah penting. Jika anda terfikir, "perlukah saya meminum susu ketika mengandung?" Ini adalah alternatif. Masukkan susu ke dalam makanan anda jika anda mahu. Sebagai contoh, anda boleh masukkannya dengan bijirin, mana-mana sarapan pagi, makanan yang dibakar dan juga masakan anda.
Produk ini 100% dari Belanda.
Jangka hayat untuk produk ini adalah 2 tahun.
Kami mengesyorkan anda untuk mengambil 1-2 gelas Friso® Gold Mum setiap hari.
Tambahkan 4 senduk (9g) Friso® Gold Mum | |
Campurkan dengan 180ml air suam yang telah dididih | |
Kacau sehingga sebati. |