Langkau ke kandungan utama
front-view-mother-girl-having-picnic (1) Large

Jangan Bagi Smartphone Sahaja! Aktiviti Permainan yang Menarik untuk Kanak-kanak

Dalam dunia digital hari ini, mudah untuk memberi anak telefon pintar bagi menghiburkan mereka. Namun, ada banyak lagi aktiviti permainan yang menarik dan bermanfaat untuk kanak-kanak yang boleh merangsang minda, meningkatkan kreativiti, dan membina hubungan keluarga. Jom kita lihat beberapa idea aktiviti permainan yang sesuai untuk kanak-kanak agar mereka terus aktif dan ceria tanpa bergantung kepada gajet!

Mengapakah anda perlu elak memberikan anak anda terlalu banyak masa dengan telefon pintar (smartphone) atau tablet?1

  • Pengurangan aktiviti fizikal menyebabkan obesiti
  • Kekurangan peluang untuk berlatih dan membangunkan kemahiran motor halus dan kemahiran sosial
  • Perkembangan kognitif yang terhad. Menghalang perkembangan kemahiran penting seperti kemahiran menyelesaikan masalah, kreativiti dan pemikiran kritis yang dipupuk melalui permainan aktif dan penerokaan.
  • Corak tidur terganggu
  • Jangka tumpuan yang lebih pendek
  • Peningkatan masalah emosi dan tingkah laku
  • Keletihan mata yang boleh mengakibatkan otot mata menjadi lemah
  • Pembulian siber dan risiko keselamatan dalam talian
  • Ia boleh menjadi sejenis ketagihan dan membawa kepada kesukaran untuk melibatkan diri dalam aktiviti lain.

Adalah penting untuk mencapai keseimbangan. Telefon pintar dan tablet boleh menjadi alat pendidikan dan sumber hiburan, tetapi ia tidak seharusnya menggantikan pengalaman dunia sebenar dan aktiviti perkembangan penting untuk kanak-kanak.

Apakah jenis aktiviti dan permainan yang sesuai untuk kanak-kanak dan mengapa?

Dalam pendidikan awal kanak-kanak, aktiviti bermain merupakan satu proses perkembangan kanak-kanak yang berlaku secara menyeluruh bagi memberi peluang kepada mereka untuk meluahkan idea, perasaan dan emosi.2,3

Ibu bapa disyorkan memberikan anak permainan dan aktiviti yang boleh menawarkan cara pembelajaran baru ataupun membantu mereka melatih kemahiran motor halus dan kemahiran sosial. Antara jenis permainan atau aktiviti yang sesuai untuk kanak-kanak ialah:4

  • Jigsaw puzzle atau blok/mainan binaan
  • Asingkan objek kecil (pom pom) mengikut warna menggunakan pengepit
  • Permainan perkataan
  • Playdoh
  • Roleplay - untuk kuatkan daya imaginasi
  • Teka-teki maze
  • Origami
  • Permainan papan
  • Melukis dengan krayon/pensel warna atau kraftangan lain
  • Permainan memori dengan kad imbas
  • Permainan di luar rumah (free play)

Ibu bapa diingatkan untuk jangan membuat aktiviti di luar kemampuan anak kerana anak kecil mungkin terasa tertekan sehingga mereka cepat hilang fokus dan mempunya perasaan negatif tentang aktiviti tersebut. Kanak-kanak juga memerlukan makanan yang berkhasiat untuk menyokong pertumbuhan, meningkatkan imuniti dan meningkatkan penumpuan mereka. Terokailah artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut.

Kepentingan memberikan anak anda Susu Friso® Gold

Kanak-kanak mempunyai usus dan sistem pertahanan badan yang masih sensitif, jadi mereka memerlukan diet yang seimbang serta nutrisi yang mencukupi untuk pertumbuhan dan perkembangan yang optimum. Ini juga bermakna mereka memerlukan formula susu yang sesuai untuk usia mereka. Selain itu, aktiviti permainan untuk kanak-kanak yang melibatkan makanan boleh menjadi cara yang menarik untuk memperkenalkan mereka kepada pelbagai jenis makanan. Permainan menarik untuk kanak-kanak ini bukan sahaja menyeronokkan, tetapi juga membantu mereka memahami kepentingan diet yang sihat. Memilih permainan yang sesuai untuk kanak-kanak dapat menyokong perkembangan mental dan fizikal mereka sambil membina tabiat pemakanan yang baik.

Friso® Gold menawarkan susu formula yang dirumuskan khas untuk kanak-kanak dengan Teknologi LocNutri™ yang menyokong penghadaman yang baik dan penyerapan nutrien optimum. Anda boleh cuba Friso® Gold Step 3 iaitu susu formula yang dirumuskan untuk kebaikan anak kecil yang berumur antara 1 hingga 3 tahun dan Friso® Gold Step 4 untuk kanak-kanak berumur 3 tahun ke atas. Kedua-dua susu tersebut dihasilkan daripada susu istimewa NOVAS™ dan diproses sekali sahaja dengan Teknologi LocNutri™ untuk mengekalkan nutrien maksimum. Susu istimewa NOVAS™ mempunyai molekul kecil secara semula jadi dan struktur lembut, dan bebas daripada perisa tambahan untuk penghadaman yang mudah. Selain itu, ia kini mengandungi 2'-FL untuk menyokong pertahanan badan semulajadi anak anda. Ingin tahu asas bahan susu formula?

DHA, AA, Omega 3 & 6 - Untuk merangsang perkembangan otak. DHA penting untuk perkembangan visual dan kognitif yang optimum.5 AA memainkan peranan penting dalam mengekalkan kesihatan, kognisi dan perkembangan optimum semasa anak masih kecil.6 Asid lemak Omega 3 dan 6 penting untuk kecerdasan dan perkembangan normal otak, sistem saraf serta organ deria.7

Kalsium, Protein, Vitamin & Mineral - Pertumbuhan otot dan tulang. Kalsium membantu dalam pertumbuhan dan perkembangan normal tulang dan gigi. Protein adalah penting untuk tumbesaran dan penyelenggaraan badan anak anda.8 Vitamin dan mineral adalah penting untuk tumbesaran dan metabolisme.9

2'-FL, GOS, Nukleotida & Bifido Lactis - Membantu menyerap nutrien utama. GOS ialah prebiotik yang boleh membantu masalah sembelit dan banyak lagi.10 Nukleotida boleh menggalakkan pertumbuhan gastrousus dan imunologi yang sihat pada kanak-kanak kecil.11 Bifido Lactis penting untuk pencegahan cirit-birit serta memupuk kematangan imun dan usus.12 2'-FL, juga dikenali sebagai 2'-fucosyllactose, bertindak sebagai prebiotik, secara terpilih menyuburkan bakteria berfaedah dalam mikrobiota usus.13,14 

Dengan gabungan kebaikan alam semula jadi dan sains, Friso® Gold menyokong perkembangan sihat kanak-kanak dengan memastikan mereka mendapat lebih daripada 50 nutrien-nutrien penting. Kanak-kanak mempunyai penghadaman yang baik amat penting bukan sahaja untuk keselesaan mereka tetapi juga memastikan penyerapan nutrien yang baik untuk menyokong perkembangan mereka. Untuk maklumat lanjut, kunjungi laman web utama Friso Gold hari ini.

Rujukan

  1. https://www.tutordoctor.co.uk/blog/2019/april/why-its-important-to-limit-your-childs-screen-ti/#:~:text=Although%20some%20screen%20time%20can,health%2C%20development%20and%20learning%20issues.&text=We%20know%20that%20young%20children,with%20people%20and%20not%20screens.
  2. https://www.narayanahealth.org/blog/14-creative-ways-to-break-your-childs-smartphone-addiction
  3. https://technosapiens.substack.com/p/smartphone-alternatives-for-kids
  4. https://findmykids.org/blog/en/what-to-give-your-child-instead-of-a-smartphone
  5. https://doi.org/10.3390/nu5072777
  6. https://doi.org/10.3390/nu11030602
  7. https://organicsbestshop.com/blogs/organicsbestclub/why-omega-3-omega-6-is-important-for-children#:~:text=Omega%203%20and%206%20fatty,the%20first%20months%20after%20birth.
  8. https://www.srnutrition.co.uk/2020/07/the-importance-of-protein-for-childrens-growth/#:~:text=Protein%20is%20essential%20for%20your,vitamin%20D%2C%20calcium%20and%20selenium.
  9. Singh, Harinder & Marjina, & Singh, Amandeep & Sharma, Deepak & Singh, Gurmeet. (2020). Role of Mineral and Vitamin for Children and Pregnant Women. 19. 107-115.
  10. Fanaro S, Boehm G, Garssen J, Knol J, Mosca F, Stahl B, Vigi V. Galacto-oligosaccharides and long-chain fructo-oligosaccharides as prebiotics in milk formulas: a review. Acta Paediatr Suppl. 2005 Oct;94(449):22-6. doi: 10.1111/j.1651-2227.2005.tb02150.x. PMID: 16214761.
  11. https://www.einmilk.com/benefits-of-nucleotides-for-children/
  12. https://doi.org/10.4137/CMPed.S33096
  13. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC6116142/
  14. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/30241407/

Toddler drinking formula milk

Susu formula yang sesuai untuk kanak-kanak mengikut umur

Pelbagai susu tepung dibekalkan untuk kanak-kanak pada umur yang berbeza. Ketahui jenis susu formula yang sesuai untuk anak anda mengikut umur. Baca di sini.