Langkau ke kandungan utama
Friso® Formula Milk

Asas Bahan Susu Formula

Panduan ini akan memberi anda maklumat berguna tentang apa yang perlu dicari dalam susu formula untuk kanak-kanak, pelbagai ramuan, perkara yang perlu dielakkan dan perkara yang perlu diberi perhatian semasa memilih susu formula untuk anak anda. Baca lebih lanjut di bawah!

Sebagai seorang ibu, terdapat banyak maklumat yang bercanggah di luar sana tentang susu formula. Kami tahu bahawa anda ingin memberikan anak anda nutrien-nutrien yang tepat bagi membantu perkembangan dan membina imuniti mereka. Panduan ini akan memberi anda maklumat berguna tentang apa yang diperlukan, dielakkan dan apa yang perlu diberi perhatian semasa memilih susu formula untuk anak anda.

Adakah Susu Formula Mengandungi Bahan Kimia?

Jawapan ringkas biasanya, ya. Walau bagaimanapun, istilah "bahan kimia" adalah luas. Apa yang penting ialah jenis bahan kimianya, dan jika ia berbahaya. Contohnya, DHA ialah bahan kimia—setepatnya sejenis asid lemak semulajadi—yang menyokong struktur dan fungsi otak anak anda. Bahan kimia ini biasanya terdapat dalam senarai ramuan formula kerana ia bermanfaat untuk kanak-kanak. Apa yang perlu anda perhatikan ialah bahan kimia berbahaya dalam ramuan formula yang boleh menjejaskan anak anda secara negatif.

Apa yang Membentuk Susu Formula Berkualiti?

Ketika memilih susu formula yang sesuai untuk anak anda, terdapat bahan-bahan tertentu yang memainkan peranan besar dalam perkembangan otak dan pertumbuhan keseluruhan. Baca untuk mengetahui bahan-bahan yang harus ada dalam susu formula yang anda pilih untuk anak anda, termasuk prebiotik, probiotik dan banyak lagi.

  1. Asid Docosahexaenoic (DHA)

    Seperti yang dinyatakan sebelum ini, DHA adalah salah satu asid lemak tak tepu rantai panjang yang bermanfaat untuk pertumbuhan dan perkembangan otak dan retina anak anda.

  2. Asid arakidonik (ARA atau AA)

    Satu lagi asid lemak, ARA adalah penting untuk pertumbuhan dan perkembangan badan, otak dan kesihatan anak anda.1

  3. Prebiotik

    Ini adalah jenis serat yang tidak dapat dihadam oleh anak anda, tetapi boleh dihadam oleh bakteria usus mereka. Prebiotik membantu meningkatkan sistem imun mereka dan menggalakkan penghadaman yang lebih baik, jadi pastikan anda memilih susu formula dengan prebiotik untuk si manja anda.

  4. Probiotik

    Probiotik adalah di antara salah satu bahan susu formula yang penting. Ini adalah bakteria hidup dan yis yang baik untuk anak anda dan sistem penghadaman mereka. Probiotik iaitu G.O.S, Bifido Lactis, dan sebagainya membantu perkembangan sistem imun mereka, dan mengurangkan kemungkinan jangkitan saluran gastro-usus.

  5. Kalsium

    Kalsium membantu pertumbuhan dan kekuatan tulang, dan kalsium yang terdapat dalam susu formula dirumus khas untuk memudahkan penyerapan oleh badan anak anda.

  6. Protein

    Protein susu ialah bahan susu formula yang boleh dibahagikan kepada 2 kumpulan: kasein—yang merupakan protein susu tidak larut—dan protein whey, yang larut. Kasein membantu dengan penyerapan mineral-mineral, dan protein whey adalah baik untuk perkembangan dan pembinaan otot anak anda. Profil asid amino protein whey boleh merangsang proses pembinaan otot lebih daripada kasein18. Peptida kasein juga mengikat dan membawa mineral-mineral seperti kalsium dan fosforus, meningkatkan penghadaman mereka dalam perut anak anda18.

  7. Alpha-lactalbumin

    Juga dikenali sebagai α-Lactalbumin atau α-La, protein ini boleh didapati dalam formula tumbesaran terpilih. Ia membantu dengan penyerapan mineral-mineral penting, dan ia menyediakan bekalan asid amino penting yang seimbang untuk anak anda2, itulah sebabnya ia merupakan salah satu bahan teras yang terdapat dalam susu formula.2

Beri Anak Anda Permulaan Penting dengan Susu Formula Yang Betul

Kini anda tahu bahan apa yang perlu dicari dan dielakkan di dalam susu formula sebelum anda membuat pembelian! Jika anda sedang memberi susu formula kepada anak anda dan perlu menukarnya, lihat artikel Cara Menukar Susu Formula kami untuk beberapa petua hebat yang akan membantu membuat peralihan semudah mungkin.

Jika anda sedang mempertimbangkan untuk menukar susu formula anak anda tetapi tidak pasti yang mana satu untuk dipilih, susu formula kami yang mempunyai bahan teras seperti prebiotik dan banyak lagi adalah pilihan yang bagus: Friso® Gold 3 dan Friso® Gold 4 dengan Novas Signature Milk dan Teknologi LocNutri™.

Friso® Gold 3 - Dirumus untuk Kanak-kanak Berumur 1 hingga 3 tahun

Friso® Gold 3 dirumus khas untuk kanak-kanak berumur 1 hingga 3 tahun. Ia mengandungi nutrien-nutrien yang mudah dihadam yang membolehkan mereka mengalami kehidupan sepenuhnya dari awal:

DHA, AA, Omega 3&6 - Untuk merangsang pembelajaran & pertumbuhan mental. DHA penting untuk perkembangan visual dan kognitif yang optimum7. AA diiktiraf kerana peranan utamanya untuk kesihatan, kognisi dan perkembangan optimum8. Asid lemak Omega 3 dan 6 penting untuk perkembangan normal otak, sistem saraf, organ deria dan kecerdasan9.

Kalsium, Protein, Vitamin & Mineral - Pertumbuhan otot dan tulang. Kalsium membantu dalam pertumbuhan dan perkembangan normal tulang dan gigi. Protein adalah penting untuk tumbesaran, perkembangan dan penyembuhan badan anak anda10. Vitamin-vitamin dan mineral-mineral adalah penting untuk pertumbuhan dan metabolisme11.

2'-FL, GOS, Nukleotida & Bifido Lactis - Membantu menyerap nutrien-nutrien penting & membina sistem imun yang kuat. 2'-FL dan GOS ialah prebiotik yang boleh membantu masalah sembelit dan banyak lagi12. Nukleotida menggalakkan pertumbuhan gastro-usus dan imunologi yang sihat untuk kanak-kanak kecil13. Bifido Lactis penting untuk pencegahan cirit-birit serta kematangan imun dan usus14.

Friso® Gold 4 - Dirumus untuk Kanak-kanak Berumur 3 Tahun ke atas

Dirumus khas untuk kanak-kanak berumur 3 tahun ke atas, Friso® Gold 4 adalah pilihan sokongan nutrisi yang tepat untuk anak kecil anda.

DHA, AA, Omega 3&6 - Untuk merangsang pembelajaran & pertumbuhan mental. DHA penting untuk perkembangan visual dan kognitif yang optimum7. AA diiktiraf kerana peranan utamanya untuk kesihatan, kognisi dan perkembangan optimum8.Asid lemak Omega 3 dan 6 penting untuk perkembangan normal otak, sistem saraf, organ deria dan kecerdasan9.

Peningkatan Nutrien-nutrien - Kalsium, Protein, Zat Besi, Kuprum, Vitamin A dan K1 - Nutrien-nutrien ini memberikan pertumbuhan pesat otot dan tulang, serta penglihatan yang sihat untuk menyediakan badan untuk belajar apabila kanak-kanak berumur 4 tahun memulakan pendidikan prasekolah mereka. Kalsium membantu dalam pertumbuhan dan perkembangan normal tulang dan gigi. Protein adalah penting untuk tumbesaran, perkembangan dan penyembuhan badan anak anda10. Apabila kuprum digabungkan dengan zat besi, ia membolehkan badan membina sel darah merah serta mengekalkan tulang, saluran darah, saraf, dan sistem imun yang sihat15. Vitamin A meningkatkan fungsi penglihatan dan imun16. Vitamin K1 membantu membuat protein lain dalam badan yang penting untuk kesihatan darah, tulang dan buah pinggang serta boleh didapati dalam sayur-sayuran hijau berdaun gelap17.

2'-FL, GOS, Nukleotida & Bifido Lactis - Membantu menyerap nutrien-nutrien penting & membina sistem imun yang kuat. 2'-FL dan GOS ialah prebiotik yang boleh membantu masalah sembelit dan banyak lagi12. Nukleotida boleh menggalakkan pertumbuhan gastrousus dan imunologi yang sihat pada kanak-kanak kecil13. Bifido Lactis penting untuk pencegahan cirit-birit serta kematangan imun dan usus14.

Untuk maklumat lanjut, anda juga boleh menghubungi Talian Friso® Gold Care Line di 1800-81-3854 untuk mendapatkan sokongan, tersedia setiap Isnin hingga Jumaat, dari 8.30 pagi hingga 4.30 petang.

 

 

Reference

  1. https://hvmag.com/life-style/health/formula-101-the-bad-news-about-feeding-your-baby-formula/
  2. https://www.fatherly.com/parenting/parents-myths-baby-formula-science/
  3. https://www.formuland.com/ultimate-guide-finding-best-baby-formula-10-ingredients-avoid/
  4. https://www.babygaga.com/15-things-in-baby-formula-that-are-toxic/
  5. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4848685/
  6. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/14552064/
  7. Kuratko, C. N., Barrett, E. C., Nelson, E. B., & Salem, N., Jr (2013). The relationship of docosahexaenoic acid (DHA) with learning and behavior in healthy children: a review. Nutrients, 5(7), 2777–2810.
    https://doi.org/10.3390/nu5072777
  8. Salas Lorenzo, I., Chisaguano Tonato, A. M., de la Garza Puentes, A., Nieto, A., Herrmann, F., Dieguez, E., Castellote, A. I., López-Sabater, M. C., Rodríguez-Palmero, M., & Campoy, C. (2019). The Effect of an Infant Formula Supplemented with AA and DHA on Fatty Acid Levels of Infants with Different FADS Genotypes: The COGNIS Study. Nutrients, 11(3), 602.
    https://doi.org/10.3390/nu11030602
  9. Organic's Best. (2020, July 24). Why is omega 3 and omega 6 so important for babies? Organic's Best. Retrieved October 10, 2022, from
    https://organicsbestshop.com/blogs/organicsbestclub/why-omega-3-omega-6-is-important-for-babies#:~:text=Omega%203%20and%206%20fatty,the%20first%20months%20after%20birth
  10. The importance of protein for children's growth - baby & child nutritionist. SR Nutrition. (2022, February 28). Retrieved October 10, 2022, from
    https://www.srnutrition.co.uk/2020/07/the-importance-of-protein-for-childrens-growth/#:~:text=Protein%20is%20essential%20for%20your,vitamin%20D%2C%20calcium%20and%20selenium
  11. Singh, Harinder & Marjina, & Singh, Amandeep & Sharma, Deepak & Singh, Gurmeet. (2020). Role of Mineral and Vitamin for Infant, Toddler and Pregnant Women. 19. 107-115.
  12. Fanaro S, Boehm G, Garssen J, Knol J, Mosca F, Stahl B, Vigi V. Galacto-oligosaccharides and long-chain fructo-oligosaccharides as prebiotics in infant formulas: a review. Acta Paediatr Suppl. 2005 Oct;94(449):22-6. doi: 10.1111/j.1651-2227.2005.tb02150.x. PMID: 16214761.
  13. Benefits of nucleotides for babies and toddlers. Einmik. (2018, November 9). Retrieved October 11, 2022, from
    https://www.einmilk.com/benefits-of-nucleotides-for-babies-and-toddlers/
  14. Baglatzi, L., Gavrili, S., Stamouli, K., Zachaki, S., Favre, L., Pecquet, S., Benyacoub, J., & Costalos, C. (2016). Effect of Infant Formula Containing a Low Dose of the Probiotic Bifidobacterium lactis CNCM I-3446 on Immune and Gut Functions in C-Section Delivered Babies: A Pilot Study. Clinical medicine insights. Pediatrics, 10, 11–19.
    https://doi.org/10.4137/CMPed.S33096
  15. Ware, M. (2017, October 23). Copper: Health benefits, recommended intake, sources, and risks. Medical News Today. Retrieved October 11, 2022, from
    https://www.medicalnewstoday.com/articles/288165
  16. Patwal, S. (2022, September 14). Vitamin A for kids: Right dosage, benefits & side effects. MomJunction. Retrieved October 11, 2022, from
    https://www.momjunction.com/articles/health-benefits-of-vitamin-a-for-children_0092460/#:~:text=Vitamin%20A%20supplements%20reduce%20the,%2Dspecific%20dose%20(9)
  17. Castle, J. (2020, October 2). All about vitamin K for kids. The Nourished Child. Retrieved October 11, 2022, from
    https://thenourishedchild.com/vitamin-k-kids/
  18. https://www.google.com/url?q=https://www.healthline.com/nutrition/casein-vs-whey%23absorption&sa=D&source=docs&ust=1681178419003621&usg=AOvVaw1J0gA7-N5-X512jJ1oJFUm

A child is drinking formula milk

Berapa lama susu formula tahan selepas dibancuh

Bolehkah saya menyimpan susu formula di dalam peti sejuk? Berapa lama susu formula tahan selepas dicampur, dalam peti sejuk dan di suhu ruangan? Ketahui kaedah penyimpanan susu untuk memastikan kualiti produk terbaik. Baca selanjutnya!