Langkau ke kandungan utama
Sleeping Child

Anak Susah Tidur Malam? Bina Tabiat Tidur Sihat Dengan Petua Ini

Setiap kanak-kanak perlukan tidur yang mencukupi dan berkualiti bagi merangsang perkembangan dan kecerdasan minda. Tetapi apa yang berlaku apabila anak anda susah tidur malam? Jom belajar tentang cara mengenalpasti sama ada anak anda mendapat tidur yang cukup dan petua untuk membantu mereka mendapat tidur yang berkualiti.

Sebagai ibu bapa, kita sedar bahawa anak-anak yang mendapat rehat yang cukup membesar menjadi anak-anak yang gembira dan sihat. Namun, kebanyakan ibu bapa terpaksa berhadapan dengan situasi anak susah tidur malam sehinggakan ada yang sukar untuk mengejut anak setiap pagi sebelum ke sekolah.

Menurut Pakar Perunding Pediatrik Perkembangan Kanak-Kanak, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr Norazlin Kamal Nor, tidur memberi peluang untuk otak kanak-kanak berehat dan memproses maklumat yang diterima otak ketika berjaga. Bahkan kanak-kanak perlu mendapatkan jumlah waktu tidur yang mencukupi pada waktu malam untuk membantu mereka kekal fokus dan meningkat prestasi akademik.1

Malah, kanak-kanak yang tidak mendapat tidur yang cukup akan sukar untuk menumpukan perhatian di sekolah, lebih mudah terganggu dan lebih bersikap hiperaktif atau impulsif.2

Oleh sebab itu, ibu bapa perlu faham cara tidurkan anak yang susah tidur yang berkesan bahkan ibu bapa juga harus lebih tegas dalam jadual tidur anak-anak. Ibu dan ayah perlu mempunyai pemahaman bahawa corak kitaran tidur dan bangun anak-anak akan berubah sepanjang pembesaran mereka. Anak-anak kecil antara usia 1 hingga 2 tahun akan tidur 11 hingga 14 jam termasuk waktu siang.

Sebaik sahaja mereka mula sesi persekolahan, kanak-kanak prasekolah berusia 3 hingga 5 tahun memerlukan tidur sebanyak 10 hingga 13 jam, kanak-kanak berumur 6 hingga 12 tahun pula 9 hingga 12 jam dan remaja dari usia 13 hingga 18 tahun memerlukan waktu rehat sebanyak 8 hingga 10 jam.

6 Tanda-Tanda Anak Tidak Cukup Tidur

Selain selalu menguap, ada beberapa tanda anak-anak tidak mendapat rehat yang mencukupi termasuk:

  1. Selalu kelihatan cerewet, mudah marah atau meragam

    Ini antara tanda-tanda biasa yang kita akan nampak sekiranya anak susah tidur waktu malam. Mereka menjadi mudah melenting kerana tidak mendapat rehat yang cukup.

  2. Mengalami masalah menumpukan perhatian di sekolah atau di rumah

    Apabila ini terjadi, prestasi mereka di sekolah akan merosot malah ini juga boleh menyebabkan mereka menjadi kurang yakin dengan diri sendiri.

  3. Tertidur semasa menaiki kereta

    Kadang kala ibu bapa merasakan ini perkara normal setiap pagi kerana anak-anak masih mengantuk, namun ini sebenarnya tanda anak tidak mendapat tidur yang cukup pada waktu malam.

  4. Tampak bergelut mengikuti perbualan apabila berbual dengan anda

    Apabila anak susah tidur malam, ia akan menjejaskan fungsi kognitif seperti perhatian, ingatan dan kemahiran menyelesaikan masalah.Tidur penting untuk memori anak-anak, jadi anak yang letih akan sukar untuk menumpu perhatian dan mengekal maklumat sepanjang hari.3

  5. Mengalami masalah untuk bangun atau tertidur semula selepas dibangunkan untuk hari itu

    Apabila anak-anak tidak mendapat rehat yang cukup, mereka akan kekurangan tenaga dan motivasi untuk melakukan aktiviti harian termasuk kerja sekolah, aktiviti sukan mahupun sosial. Ini akan memberi kesan jangka panjang pada perkembangan mereka.

  6. Selalunya mengantuk lebih awal daripada waktu tidur biasa mereka

    Anak-anak akan hanya mahu berehat selepas seharian di sekolah dan seringkali lupa untuk makan malam ataupun melakukan aktiviti lain bersama keluarga akibat tidur yang tidak cukup.

Apakah cara terbaik untuk tidurkan anak yang susah tidur?

Anak menolak waktu tidur adalah salah satu lumrah menjadi ibu bapa. Oleh sebab itu, kami bawakan beberapa petua dan cara mengatasi anak susah tidur malam untuk ibu bapa cuba.

  1. Bina rutin waktu tidur

    Perkara paling penting dalam memastikan cara mengatasi anak susah tidur malam berkesan adalah ibu bapa perlu konsisten dengan jadual tidur mereka. Anak-anak gemarkan rutin dan membina rutin waktu tidur yang konsisten memberi signal kepada tubuh mereka untuk berehat. Menurut American Academy of Pediatrics, aktiviti yang menenangkan seperti membaca atau mendengar muzik lembut membantu mewujudkan persekitaran yang tenang untuk anak-anak.4

  2. Atur tidur siang

    Buat anak-anak yang masih kecil atau di prasekolah, amat digalakkan untuk mereka tidur siang sekurang-kurangnya 1 atau 2 jam sehari. Menurut kajian, tidur siang boleh meningkatkan fungsi mental dan ingatan serta meningkatkan kewaspadaan, perhatian dan masa tindak balas. Malah, tidur siang selama 20 minit juga mampu mengubah mood anak-anak.5 Ini antara cara tidurkan anak yang susah tidur yang ibu perlu cuba.

  3. Mengehadkan masa skrin sebelum tidur

    Tahukah anda bahawa cahaya skrin elektronik merangsang otak dan ini menyebabkan anak-anak akan lebih berjaga. Malah, cahaya ini juga menghalang pengeluaran melatonin dan serotonin iaitu hormon-hormon yang dibebaskan ketika rasa mengantuk.6 Cara mengatasi anak susah tidur malam paling mudah adalah dengan mematikan skrin sekurang-kurangnya sejam sebelum waktu tidur.

  4. Mewujudkan persekitaran yang kondusif tidur

    Anak-anak juga perlukan tempat tidur khas untuk mereka sahaja kerana ini secara tidak langsung menyumbang kepada tidur yang berkualiti. Elak memasang lampu yang terang, sekiranya anak takut malam pilih pencahayaan yang lebih suram. Malah, anda juga boleh menetapkan suhu yang optimum untuk mereka dengan tempat tidur yang selesa. Sekiranya mereka mahu tidur bersama anak patung, pastikan tidak terlalu banyak kerana ini boleh menjadi sesak dan panas.7

  5. Susu panas sebelum tidur

    Petua orang-orang tua apabila anak susah tidur malam adalah dengan menghidangkan mereka secawan susu panas sebelum ini. Cara tidurkan anak yang susah tidur ini dikatakan mampu memberi rasa tenang pada anak dan membantu mereka tidur lebih nyenyak. Kami cadangkan Friso® Gold, susu formula yang dirumuskan khas untuk kanak-kanak dengan Teknologi LocNutri™ yang menyokong penghadaman yang baik dan penyerapan nutrien optimum.

Kepentingan Memberikan Anak Anda Susu Friso® Gold

Kanak-kanak mempunyai usus dan perkembangan imunologi yang masih sensitif, jadi mereka memerlukan diet yang seimbang serta nutrisi yang mencukupi untuk pertumbuhan dan perkembangan yang optimum. Ini juga bermakna mereka memerlukan formula susu yang sesuai untuk usia mereka.

Friso® Gold menawarkan susu formula yang dirumuskan khas untuk kanak-kanak dengan Teknologi LocNutri™ yang menyokong penghadaman yang baik dan penyerapan nutrien optimum. Anda boleh cuba Friso® Gold Step 3 iaitu susu formula yang dirumuskan untuk kebaikan anak kecil yang berumur antara 1 hingga 3 tahun dan Friso® Gold Step 4 untuk kanak-kanak berumur 3 tahun ke atas. Kedua-dua susu tersebut dihasilkan daripada susu istimewa NOVAS™ dan diproses sekali sahaja dengan Teknologi LocNutri™ untuk mengekalkan nutrien maksimum. Susu istimewa NOVAS™ mempunyai molekul kecil secara semula jadi dan struktur lembut, dan bebas daripada perisa tambahan untuk penghadaman yang mudah. Selain itu, ia kini mengandungi 2'-FL untuk menyokong pertahanan badan semulajadi anak anda. Ingin tahu asas bahan susu formula?

DHA, AA, Omega 3 & 6 - Untuk merangsang perkembangan otak. DHA penting untuk perkembangan visual dan kognitif yang optimum.8 AA memainkan peranan penting dalam mengekalkan kesihatan, kognisi dan perkembangan optimum semasa anak masih kecil.9 Asid lemak Omega 3 dan 6 penting untuk kecerdasan dan perkembangan normal otak, sistem saraf serta organ deria.10

Kalsium, Protein, Vitamin & Mineral - Pertumbuhan otot dan tulang. Kalsium membantu dalam pertumbuhan dan perkembangan normal tulang dan gigi. Protein adalah penting untuk tumbesaran dan penyelenggaraan badan anak anda.11 Vitamin dan mineral adalah penting untuk tumbesaran dan metabolisme.12

2'-FL, GOS, Nukleotida, HN019 & Bifido Lactis - Membantu menyerap nutrien utama dan membina perkembangan sistem dalaman anak. GOS ialah prebiotik yang boleh membantu masalah sembelit dan banyak lagi.13 Nukleotida boleh menggalakkan pertumbuhan gastrousus dan perkembangan immunologi kanak-kanak kecil.14 Bifido Lactis penting untuk pencegahan cirit-birit serta memupuk kematangan imun dan usus.15 2'-FL, juga dikenali sebagai 2'-fucosyllactose, bertindak sebagai prebiotik, secara terpilih menyuburkan bakteria berfaedah dalam mikrobiota usus.16,17

Dengan gabungan kebaikan alam semula jadi dan sains, Friso® Gold menyokong perkembangan kanak-kanak dengan memastikan mereka mendapat lebih daripada 50 nutrien-nutrien penting. Kanak-kanak mempunyai penghadaman yang baik amat penting bukan sahaja untuk keselesaan mereka tetapi juga memastikan penyerapan nutrien yang baik untuk menyokong perkembangan mereka. Untuk maklumat lanjut, kunjungi laman web utama Friso Gold hari ini.

Rujukan

  1. https://www.hmetro.com.my/WM/2021/12/785310/anak-anak-cukup-tidur
  2. https://kidshealth.org/en/kids/not-tired.html
  3. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC2656292/
  4. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC6587181/
  5. https://theconversation.com/short-naps-can-improve-memory-increase-productivity-reduce-stress-and-promote-a-healthier-heart-210449
  6. https://www.stanfordchildrens.org/en/services/sleep-disorders/good-night-sleep
  7. https://kidshealth.org/en/parents/sleep-hygiene.html
  8. https://doi.org/10.3390/nu5072777
  9. https://doi.org/10.3390/nu11030602
  10. https://organicsbestshop.com/blogs/organicsbestclub/why-omega-3-omega-6-is-important-for-children#:~:text=Omega%203%20and%206%20fatty,the%20first%20months%20after%20birth.
  11. https://www.srnutrition.co.uk/2020/07/the-importance-of-protein-for-childrens-growth/#:~:text=Protein%20is%20essential%20for%20your,vitamin%20D%2C%20calcium%20and%20selenium.
  12. Singh, Harinder & Marjina, & Singh, Amandeep & Sharma, Deepak & Singh, Gurmeet. (2020). Role of Mineral and Vitamin for Children and Pregnant Women. 19. 107-115.
  13. Fanaro S, Boehm G, Garssen J, Knol J, Mosca F, Stahl B, Vigi V. Galacto-oligosaccharides and long-chain fructo-oligosaccharides as prebiotics in milk formulas: a review. Acta Paediatr Suppl. 2005 Oct;94(449):22-6. doi: 10.1111/j.1651-2227.2005.tb02150.x. PMID: 16214761.
  14. https://www.einmilk.com/benefits-of-nucleotides-for-children/
  15. https://doi.org/10.4137/CMPed.S33096
  16. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC6116142/
  17. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/30241407/

healthy food lunch boxes assortment

Resepi Makanan Sihat & Mudah Disediakan Untuk Kanak-Kanak

Pemakanan yang seimbang dan sihat adalah satu kemestian terutamanya bagi kanak-kanak. Meskipun mereka dalam proses membesar, mereka haruslah makan secara sederhana dan memakan diet yang merangkumi semua kumpulan makanan seperti karbohidrat, protein, buah-buahan dan sayur-sayuran, susu dan produk tenusu serta lemak tidak tepu¹.