The Fashion And Styling Tips for Pregnant Mum
Here are some style tips that will help you dress up your bump whether.... read more
Proses bersalin adalah saat yang penuh emosi dan merupakan peristiwa penting dalam kehidupan mana-mana wanita. Sebagai bakal ibu, emosi anda mungkin dipengaruhi oleh tahap hormon anda serta kebimbangan tentang anak anda. Namun begitu, bagi segelintir kaum wanita, perasaan kebimbangan atau keresahan yang melampau itu masih berterusan selepas anak mereka sudah pun selamat dilahirkan. Malah ia juga mungkin diikuti oleh perasaan sebak atau marah tanpa sebab yang jelas serta perasaan negatif lain yang berlanjutan.
Secara lazimnya, keadaan ini dipanggil “postpartum blues” jika ia pulih dengan sendirinya, tetapi bergantung kepada beberapa faktor lain, ia mungkin juga merupakan keadaan yang lebih serius daripada kes biasa “postpartum blues”. “Postpartum blues” dan kemurungan selepas bersalin, adalah istilah-istilah yang sering digunakan secara silih berganti.1 Walau bagaimanapun, kedua-duanya adalah keadaan yang berbeza. Marilah kita mendalami faktor-faktor yang membezakan kedua-dua keadaan ini dan fahami puncanya serta cara mengatasinya.
Perbezaan utama di antara kemurungan selepas bersalin (juga dikenali sebagai “postpartum depression” atau meroyan) dan "postpartum blues" terletak pada intensiti, tempoh dan kesan ke atas kehidupan seharian.1 Walaupun kedua-duanya boleh melibatkan emosi yang sama, terdapat ciri-ciri yang membezakan mereka. Berikut merupakan ciri-ciri untuk kedua-dua keadaan tersebut:
Mengikut kajian Kementerian Kesihatan Malaysia, 1 daripada 8 ibu di Malaysia mengalami kemurungan selepas bersalin.4 Setelah mengetahui statistik ini, jelas kelihatan bahawa kesedaran tentang perbezaan antara “postpartum blues” dan kemurungan selepas bersalin adalah amat penting.
Kemurungan selepas bersalin tidak boleh diambil remeh. Kesihatan mental ibu adalah sama penting dengan kesihatan fizikal, malah keadaan mental mereka mungkin mempunyai akibat yang berkekalan kepada diri sendiri dan anak. Oleh itu, sebagai ibu ataupun bakal ibu, jika anda merasakan diri anda mungkin mengalami kemurungan selepas bersalin, anda disyorkan untuk mendapatkan nasihat doktor atau pakar psikiatri dengan segera.
Mencari bantuan atau sokongan bukanlah tanda kelemahan, tetapi tanda kekuatan dan komitmen anda terhadap kesejahteraan anda dan anak anda. Jangan menderita dalam diam — hubungilah doktor, pakar psikiatri atau profesional kesihatan mental yang lain dengan segera. Mereka boleh memberikan sokongan dan rawatan yang anda perlukan untuk pulih dan menikmati masa berharga ini bersama anak anda.
Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan seseorang individu mengalami kemurungan selepas bersalin. Berikut merupakan senarai ringkas beberapa punca gejala meroyan selepas bersalin yang kerap dilihat:
Tanda-tanda dan gejala-gejala kemurungan selepas bersalin atau “postpartum depression” yang biasa dilihat termasuk:
Sesetengah ibu yang menghadapi gejala meroyan selepas bersalin juga terasa sukar untuk menjalinkan hubungan dan ikatan dengan anak yang baru dilahirkan.3,4 Jika kemurungan selepas bersalin menjadi kronik, sesetengah individu mungkin mempunyai pemikiran yang boleh membahayakan anak dan diri sendiri.2,3,4 Anda dinasihatkan untuk segera dapatkan bantuan doktor atau pakar psikiatri jika mengalami pemikiran mengganggu (intrusive thoughts).
Anda tidak perlu redha sahaja dengan diagnosis kemurungan selepas bersalin. Dengan mengamalkan sikap yang lebih rela menunjukkan belas kasihan kepada diri anda, mendapatkan bantuan profesional dan mengutamakan penjagaan diri, anda boleh berjaya mengharungi cabaran ini dan membina asas yang kukuh untuk perjalanan anda sebagai seorang ibu. Berikut adalah beberapa cara yang boleh anda cuba untuk mengatasi gejala meroyan selepas bersalin:
Sebagai bakal ibu, terdapat banyak perkara yang perlu disediakan sebelum anak anda dilahirkan. Untuk mengurangkan rasa tertekan selepas anak anda dilahirkan, adalah lebih baik untuk bersedia sekarang. Bacalah artikel ini untuk mengetahui lebih banyak tentang keperluan dan persediaan yang perlu dibuat semasa anda masih mengandung.
Susu untuk ibu mengandung sering disyorkan kerana ia membantu mengimbangi keperluan pemakanan anda dan anak anda terutamanya pada permulaan kehamilan anda. Kami telah merumuskan Friso® Gold Mum dengan mengambil kira keperluan susu untuk ibu mengandung serta anak, dan formula Dual Care+ yang unik untuk menyokong anda dalam perjalanan kehamilan anda.
Amalan mengambil kalsium dan mineral lain yang sesuai untuk menyokong anda semasa dan selepas kehamilan boleh mencabar, jadi Friso® Gold Mum diformulasi dengan nutrien-nutrien penting untuk menyokong perubahan fisiologi anda semasa kehamilan. Friso® Gold Mum bukan sekadar formula susu untuk kehamilan — ia juga menyediakan asas yang baik untuk anak anda yang sedang membesar. Malah, beberapa nutrien-nutrien penting yang diberikan oleh Friso® Gold Mum termasuk:
Vitamin B12 – Vitamin B12 diperlukan untuk penghasilan sel darah merah.
Asid Folik - Asid folik penting untuk pertumbuhan dan pembahagian sel.7 Folat memainkan peranan dalam pembentukan sel darah merah dan mengekalkan pertumbuhan dan perkembangan janin.
Iodin – Penting untuk pembentukan hormon tiroid, yang menyokong perkembangan otak.8
Vitamin D - Vitamin D diperlukan untuk penyerapan dan penggunaan kalsium dan fosforus.9
Kalsium - Kalsium membantu dalam perkembangan tulang dan gigi yang kuat.10
Indeks glisemik rendah - Indeks glisemik (GI) adalah sistem penarafan untuk makanan yang mengandungi karbohidrat. Ia menunjukkan betapa cepat makanan mempengaruhi paras gula (glukosa) dalam darah anda apabila dimakan sendiri. Indeks glisemik (GI) yang rendah boleh membantu ibu mengelakkan berat badan berlebihan semasa mengandung.
Selain itu, jangan lupa apabila anda mempertimbangkan susu kehamilan, pertimbangkanlah asal usul susu, proses pembuatan, kandungan nutrien serta susu yang membantu anda mengawal penambahan berat badan semasa kehamilan. Friso® Gold Mum mengekalkan nutrien semula jadi susu untuk memberikan anda apa yang anda perlukan dalam perjalanan kehamilan anda. Friso® Gold Mum bertujuan untuk menjadi alternatif susu anda semasa mengandung dan tempoh penyusuan. Ketahui lebih lanjut hari ini!
Rujukan