Langkau ke kandungan utama
pregnant-woman-with-thermometer-living-room (1).jpg

Cara Mengatasi Demam Semasa Mengandung

Kehamilan merupakan masa yang penuh kegembiraan, tetapi ia juga datang dengan cabaran tersendiri. Salah satu kebimbangan utama bakal ibu adalah risiko jatuh sakit semasa mengandung, terutamanya demam. Adakah anda sedar tentang bahaya demam ketika hamil dan tahu tentang cara untuk mengatasinya? Teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara bersedia untuk situasi sedemikian.

Walaupun demam merupakan penyakit yang biasa, ia menjadi penyakit yang lebih membimbangkan terutamanya bagi para ibu yang dijangkiti semasa mereka masih mengandung. Ini adalah kerana demam semasa hamil boleh merupakan gejala untuk masalah kesihatan yang lebih serius. Demam semasa hamil juga boleh menjejaskan kesihatan dan perkembangan anak dalam kandungan.1,2 Marilah kita terokai apakah bahaya demam ketika hamil dan cara-cara untuk mengatasinya.

Apakah bahaya demam semasa hamil?

Jika anda mengalami demam semasa mengandung, anda disyorkan untuk menghubungi doktor anda secepat mungkin. Ini adalah kerana anda mungkin menghadapi risiko-risiko berikut:

  • Demam mungkin tanda jangkitan yang boleh menular kepada bayi jika tidak dirawat segera. Diagnosis awal dan rawatan jangkitan adalah penting untuk kesihatan anda dan kesihatan anak anda.
  • Demam tinggi semasa hamil berpotensi meningkatkan risiko kecacatan kelahiran seperti kecacatan jantung dan rekahan lelangit (sumbing) pada anak.1,2,3
  • Peningkatan suhu tubuh secara drastik juga boleh meningkatkan risiko keguguran atau kelahiran pramatang.1,4

Apakah punca biasa ibu demam semasa hamil

Demam ketika hamil boleh membimbangkan bakal ibu, tetapi memahami puncanya boleh membantu mengurangkan kebimbangan dan sedikit sebanyak membolehkan anda mencari cara untuk mengatasi demam tersebut. Antara sebab-sebab biasa ibu mengandung sakit demam termasuk:2,4,5,6

  • Jangkitan virus atau bakteria
  • Imuniti badan yang menurun
  • Keracunan makanan
  • Jangkitan saluran kencing (UTI)
  • Strok haba

Walaupun anda mungkin merasai bahawa ia cuma demam biasa, Ia adalah penting untuk mendapat pemeriksaan yang rapi oleh doktor anda untuk memastikan demam anda bukanlah dipengaruhi oleh faktor lain ataupun merupakan gejala penyakit yang lebih serius.

Apakah cara mengatasi demam ketika hamil?

Selepas berjumpa dengan doktor anda dan mendapatkan pemeriksaan kesihatan yang diperlukan, anda mungkin dihantar pulang dengan ubat untuk menangani demam anda. Ia adalah biasa untuk merasa sangat tidak selesa semasa anda demam dan ini boleh menghindari pemulihan anda disebabkan anda tidak lena tidur atau tidak lalu makan. Oleh itu, berikut merupakan beberapa cara untuk menangani demam anda untuk membantu anda merasa lebih selesa serta memastikan anda mempunyai tenaga yang cukup untuk badan anda pulih.

  • Pakai pakaian yang longgar dan cuba pastikan suhu badan anda tidak semakin meningkat.
  • Elakkan mandian sejuk kerana ia boleh berbahaya semasa hamil. Mandi atau berendam dengan air hangat.
  • Letakkan kain sejuk dan lembap di dahi anda untuk menurunkan suhu anda.
  • Pastikan anda mendapat rehat dan hidrasi secukupnya. Walaupun anda mungkin tidak berselera, anda masih perlu sekurang-kurangnya makan sedikit untuk memastikan anda mendapat nutrisi yang mencukupi untuk diri anda dan anak dalam kandungan.

Apakah yang perlu saya lakukan jika demam tidak kebah semasa mengandung?

Demam yang berpanjangan semasa mengandung boleh menunjukkan jangkitan atau komplikasi lain yang memerlukan penilaian dan rawatan profesional. Jika demam anda tidak kebah atau jika anda mengalami sebarang gejala tambahan yang berkaitan, berikut adalah perkara yang perlu anda lakukan sementara menunggu bantuan perubatan profesional:

  • Ambil suhu anda dengan termometer basal (termometer oral) secara kerap. Jangan gunakan termometer dahi, kerana ini mungkin tidak tepat semasa mengandung. Kalau suhu badan anda melebihi 38°C, segera berjumpa dengan doktor anda.
  • Elakkan memakan ubat tanpa preskripsi doktor. Ini disebabkan sesetengah ubat tidak sesuai diambil oleh ibu mengandung dan boleh membahayakan anak dalam kandungan.
  • Jika demam tidak kebah atau bertambah teruk selepas tempoh yang diberikan, segera hubungi doktor anda.
  • Beritahu doktor anda jika anda mengalami gejala lain seperti loya, muntah, atau sakit perut.

Meskipun anda demam, anda masih perlu pastikan anda mendapat hidrasi dan nutrisi yang mencukupi untuk memastikan anda mempunyai tenaga untuk pulih. Anda boleh menambah pengambilan penghidratan anda dengan susu Friso® Gold Mum juga untuk memastikan anda mendapat hidrasi dan nutrien yang diperlukan sekaligus. Jika anda tidak pasti apakah makanan yang sesuai untuk ibu hamil ataupun susu yang paling sesuai untuk ibu mengandung, bacalah artikel kami untuk maklumat lanjut.

Friso® Gold Mum – Alternatif Susu Formula Kami Semasa Kehamilan Anda

Susu untuk ibu mengandung sering disyorkan kerana ia membantu mengimbangi keperluan pemakanan anda dan anak anda terutamanya pada permulaan kehamilan anda. Kami telah merumuskan Friso® Gold Mum dengan mengambil kira keperluan susu untuk ibu mengandung serta anak, dan formula Dual Care+ yang unik untuk menyokong anda dalam perjalanan kehamilan anda.

Amalan mengambil kalsium dan mineral lain yang sesuai untuk menyokong anda semasa dan selepas kehamilan boleh mencabar, jadi Friso® Gold Mum diformulasi dengan nutrien-nutrien penting untuk menyokong perubahan fisiologi anda semasa kehamilan. Friso® Gold Mum bukan sekadar formula susu untuk kehamilan — ia juga menyediakan asas yang baik untuk anak anda yang sedang membesar. Malah, beberapa nutrien-nutrien penting yang diberikan oleh Friso® Gold Mum termasuk:

Vitamin B12 – Vitamin B12 diperlukan untuk penghasilan sel darah merah.

Asid Folik - Asid folik penting untuk pertumbuhan dan pembahagian sel.7 Folat memainkan peranan dalam pembentukan sel darah merah dan mengekalkan pertumbuhan dan perkembangan janin.

Iodin – Penting untuk pembentukan hormon tiroid, yang menyokong perkembangan otak.8

Vitamin D - Vitamin D diperlukan untuk penyerapan dan penggunaan kalsium dan fosforus.9

Kalsium - Kalsium membantu dalam perkembangan tulang dan gigi yang kuat.10

Indeks glisemik rendah - Indeks glisemik (GI) adalah sistem penarafan untuk makanan yang mengandungi karbohidrat. Ia menunjukkan betapa cepat makanan mempengaruhi paras gula (glukosa) dalam darah anda apabila dimakan sendiri. Indeks glisemik (GI) yang rendah boleh membantu ibu mengelakkan berat badan berlebihan semasa mengandung.

Setelah anda mengetahui cara-cara untuk mengatasi sakit demam ketika hamil, ingatlah untuk sentiasa peka dan maklum tentang keadaan badan anda untuk memastikan kesejahteraan diri anda dan anak anda. Selain itu, jangan lupa apabila anda mempertimbangkan susu kehamilan, pertimbangkanlah asal usul susu, proses pembuatan, kandungan nutrien serta susu yang membantu anda mengawal penambahan berat badan semasa kehamilan. Friso® Gold Mum mengekalkan nutrien semula jadi susu untuk memberikan anda apa yang anda perlukan dalam perjalanan kehamilan anda. Friso® Gold Mum bertujuan untuk menjadi alternatif susu anda semasa mengandung dan tempoh penyusuan. Ketahui lebih lanjut hari ini!

References

  1. https://my.theasianparent.com/demam-ketika-hamil-panadol
  2. https://siraplimau.com/demam-semasa-hamil-normal-atau-tidak-ini-jawapan-pakar/
  3. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC5723098/
  4. https://hellosehat.com/kehamilan/kandungan/masalah-kehamilan/demam-saat-hamil/
  5. https://www.majalahpama.my/demam-waktu-mengandung-segera-jumpa-doktor-paling-tinggi-risiko-waktu-trimester-pertama/
  6. http://www.myhealth.gov.my/demam-panas-rawatan-awal/
  7. https://hellodoktor.com/kehamilan/tips-hamil/masalah-kehamilan/mengapa-asid-folik-penting-untuk-kehamilan/
  8. https://ms-m.iliveok.com/family/iodin-semasa-kehamilan_131267i15854.html
  9. https://www.popmama.com/pregnancy/second-trimester/adeline-kinanti/manfaat-vitamin-d-untuk-ibu-hamil-dan-janin
  10. https://hellodoktor.com/kehamilan/tips-hamil/penjagaan-kehamilan/mengapa-ibu-hamil-perlukan-kalsium/

Which food to avoid during pregnancy

Makanan yang Perlu Dielakkan Semasa Hamil

Panduan ini adalah ringkasan makanan yang anda harus berwaspada supaya tidak makan ketika hamil. Ia adalah cadangan yang baik untuk berunding dengan doktor pilihan anda untuk mendapatkan nasihat perubatan jika anda tidak pasti tentang apa yang anda makan, telah makan, atau ingin terus makan sepanjang kehamilan anda. Kehamilan ini mendatangkan tanggungjawab baru kepada anak anda dan diri anda sendiri. Terdapat beberapa pelarasan diet yang perlu anda lakukan untuk manfaat imuniti dan pertumbuhan anak anda, terutamanya semasa trimester pertama anda.