Langkau ke kandungan utama

Kenapa Friso® Gold

Kebaikan Susu Formula Tanpa Perisa serta Tanpa Tambahan Sukrosa

noaddedsucrose-masthead.png

Formula Friso® Gold tidak mengandungi sukrosa dan perisa tambahan, yang membolehkan anak anda menghargai kebaikan semula jadi formula kami.

Mengapa Pilih Susu Formula Tanpa Perisa tanpa Sukrosa Tambahan?

Apabila ingin membeli susu formula, ia adalah penting untuk mempertimbangkan varieti yang tiada sukrosa tambahan kerana pengambilan gula tambahan yang tinggi boleh menyebabkan kerosakan gigi, obesiti dan diabetes.

Dengan formula Friso® Gold, yang didatangkan tanpa sukrosa dan perisa tambahan, anda boleh memberi anak anda nutrien yang penting untuk perkembangan optimum sambil menetapkan asas untuk diet yang lebih sihat.

Mengapa Formula Tanpa Perisa Berkhasiat untuk Kanak-kanak?

Lebih Semulajadi

Formula tidak berperisa mengekalkan kebaikan semulajadi susu. Tanpa tambahan sukrosa atau perisa, formula tersebut menyerupai peranan laktosa semulajadi dalam menggalakkan perkembangan dalam kalangan kanak-kanak.

Pilihan makanan bermula dari awal kehidupan. Formula tanpa perisa membantu kanak-kanak mengembangkan pilihan rasa dan tabiat makan yang sihat sepanjang hayat. Pengalaman awal dengan makanan berkhasiat dan kepelbagaian rasa semulajadi boleh memaksimumkan kemungkinan kanak-kanak memilih diet yang lebih sihat apabila mereka membesar1.

Kebaikan Formula Tanpa Sukrosa

  1. Menyokong berat badan normal dan Kesihatan Pergigian

    Mengehadkan pengambilan makanan dan minuman yang mengandungi sukrosa adalah baik untuk mengekalkan berat badan yang sihat. Selain itu, formula yang tidak mengandungi sukrosa boleh menyokong kesihatan pergigian yang baik, aspek kesejahteraan kanak-kanak yang penting namun sering diabaikan2.

  2. Tahap kemanisan yang rendah

    Sementara sukrosa mempunyai kemanisan yang tinggi, laktosa pula mempunyai kemanisan yang rendah dan tidak menimbulkan sebarang kesan yang bermanfaat dan boleh mengurangkan keinginan untuk rasa manis di kemudian hari3. Kerana rasa manisnya yang sederhana, laktosa lebih disukai berbanding sukrosa dalam pemakanan kanak-kanak2.

  3. Penyerapan Nutrien Mantap dan Faedah untuk Mikrobiom

    Laktosa semulajadi bermanfaat untuk mengekalkan paras gula darah stabil yang penting untuk kesejahteraan keseluruhan anak anda. Makanan dan minuman yang mengandungi sukrosa menyebabkan paras gula darah naik secara mendadak yang dalam jangka panjang mungkin mempunyai akibat negatif pada kesihatan4.

    Laktosa, seperti yang terdapat secara semulajadi dalam susu, menggalakkan pertumbuhan bakteria berfaedah tertentu dalam saluran gastrousus5,6. Sukrosa diet boleh menyumbang kepada komposisi mikrobiom usus yang tidak baik7. Selain itu, penggunaan sukrosa yang tinggi boleh mengubah komposisi dan kolonisasi mikrobiom usus8,9.

Memperkenalkan Anak Anda kepada Formula Tanpa Perisa

Memulakan anak anda dengan susu formula tanpa perisa secara lebih awal boleh memberi kesan baik dalam jangka masa panjang. Sudah tentu, anak anda mungkin melihat sedikit perbezaan dalam rasa pada mulanya. Kami bersedia membantu peralihan lebih mudah dengan panduan peralihan seperti yang dicadangkan di bawah:

Formula milk switching guide

Jika si manja anda memerlukan bantuan tambahan, kami mengesyorkan agar anda menyediakan makanan seperti roti, biskut atau bijirin dengan susu kami, terutamanya jika anak anda memakannya daripada cawan.

References

  1. Fidler Mis N, Braegger C, Bronsky J, Campoy C, Domellöf M, Embleton ND, Hojsak I, Hulst J, Indrio F, Lapillonne A, Mihatsch W, Molgaard C, Vora R, Fewtrell M; ESPGHAN Committee on Nutrition:. Sugar in Infants, Children and Adolescents: A Position Paper of the European Society for Paediatric Gastroenterology, Hepatology and Nutrition Committee on Nutrition. J Pediatr Gastroenterol Nutr. 2017 Dec;65(6):681-696. doi: 10.1097/MPG.0000000000001733. PMID: 28922262.
  2. Schaafsma, G. (2008). Lactose and lactose derivatives as bioactive ingredients in human nutrition. International Dairy Journal, 18(5), 458-465.
  3. Romero-Velarde, E., Delgado-Franco, D., García-Gutiérrez, M., Gurrola-Díaz, C., Larrosa-Haro, A., Montijo-Barrios, E. et al. (2019). The importance of lactose in the human diet: outcomes of a mexican consensus meeting. Nutrients, 11, 2737.
  4. Augustin, L. S., Kendall, C. W., Jenkins, D. J., Willett, W. C., Astrup, A., Barclay, A. W. et al. (2015). Glycemic index, glycemic load and glycemic response: an International Scientific Consensus Summit from the International Carbohydrate Quality Consortium (ICQC). Nutr Metab Cardiovasc Dis, 25(9), 795-815.
  5. JanssenDuijghuijsen, L., Looijesteijn, E., van den Belt, M., Gerhard, B., Ziegler, M., Ariens, R. et al. (2023). Changes in gut microbiota and lactose intolerance symptoms before and after daily lactose supplementation in individuals with the lactase nonpersistent genotype. Am J Clin Nutr, S0002-9165(23)66349.
  6. Francavilla, R., Calasso, M., Calace, L., Siragusa, S., Ndagijimana, M., Vernocchi, P. et al. (2012). Effect of lactose on gut microbiota and metabolome of infants with cow’s milk allergy. Pediatr Allergy Immunol, 23(5), 420-427.
  7. Kawano Y, Edwards M, Huang Y, Bilate AM, Araujo LP, Tanoue T, Atarashi K, Ladinsky MS, Reiner SL, Wang HH, Mucida D, Honda K, Ivanov II. Microbiota imbalance induced by dietary sugar disrupts immune-mediated protection from metabolic syndrome. Cell. 2022 Sep 15;185(19):3501-3519.e20. doi: 10.1016/j.cell.2022.08.005. Epub 2022 Aug 29. PMID: 36041436; PMCID: PMC9556172.
  8. Liu J, Liu H, Teng Y, Qin N, Ren X, Xia X. A high-sucrose diet causes microbiota composition shift and promotes the susceptibility of mice to Salmonella Typhimurium infection. Food Funct. 2023 Mar 20;14(6):2836-2846. doi: 10.1039/d2fo03467k. PMID: 36880221.
  9. Zhang X, Zhang B, Peng B, Wang J, Hu Y, Wang R, Wang S. Different Dose of Sucrose Consumption Divergently Influences Gut Microbiota and PPAR-γ/MAPK/NF-κB Pathway in DSS-Induced Colitis Mice. Nutrients. 2022 Jul 4;14(13):2765. doi: 10.3390/nu14132765. PMID: 35807944; PMCID: PMC9268685.