Langkau ke kandungan utama
Dealing with diarrhea in children

Menangani Cirit-Birit dalam Kanak-Kanak

Apakah itu cirit-birit? Cirit-birit adalah peningkatan mendadak kekerapan dan kelonggaran najis anak anda. Ia boleh terdiri dari ringan (najis yang longgar atau lembik) ke teruk (najis yang berair). Walau bagaimanapun, penunjuk terbaik keterukan cirit-birit ialah kekerapannya. Dehidrasi adalah kesulitan utama cirit-birit, disebabkan oleh kehilangan cecair badan yang terlalu banyak. Ketahui tentang pelbagai sebab, tanda-tanda, dan rawatan dengan maklumat yang terdapat dalam panduan ini.

Bagaimana hendak mengetahui jika anak anda mengalami cirit-birit?

Cirit-birit boleh berlaku secara tiba-tiba dan perlu dikendalikan secepat yang mungkin, terutamanya untuk kanak-kanak. Kanak-kanak mungkin tidak dapat memberitahu kesakitan mereka dengan baik, jadi anda bertanggungjawab untuk mengenalpasti gejala-gejala yang dihadapi oleh mereka. Anak anda mungkin mengidapi cirit-birit jika dia mengalami:

  • 10 ke 15 nyah tinja dalam sehari
  • Najis yang cair, mengandungi air atau berlendir
  • Najis yang berwarna lain, atau berbau busuk
  • Angin yang menyebabkan perut kembung
  • Kekejangan yang menyakitkan di bahagian abdomen
  • Muntah yang berkekalan selama 1 hingga 3 hari
  • Kehilangan selera makan
  • Demam, bibir kemerahan, pernafasan yang dalam dan susah

Cirit-birit selalunya disebabkan gastroenteritis, satu jangkitan virus di lapisan usus. Rotavirus gastroenteritis adalah yang paling kerap berlaku -- sebanyak 95% kanak-kanak akan mengalaminya sekurang-kurangnya sekali sebelum mencecah umur 5 tahun. Pada masa yang lain, ia disebabkan oleh jangkitan bakteria atau parasit. Alahan atau keracunan makanan (salmonella) juga boleh menyebabkan cirit-birit beberapa jam selepas memakan makanan yang tercemar tersebut.

Pengambilan protein berlebihan juga boleh menyebabkan cirit-birit. Jika anak anda mempunyai hanya satu atau dua kali najis lembik, ia mungkin disebabkan oleh sesuatu yang tidak biasa yang anak anda makan. Kekurangan amalan cuci tangan yang betul sebelum makan juga antara sebab yang lain. Intoleransi laktosa, khususnya, adalah kebiasaan bagi kanak-kanak yang berasal dari Asia Timur4.

Bahayakah cirit-birit untuk anak anda5?

Cirit-birit tanpa kawalan dan berterusan boleh menjurus kepada dehidrasi, kehilangan air dan elektrolit yang berlebihan -- dimana akan menyebabkan ketidakseimbangan elektrolit, mengacau mikrobiota perut dan kejutan peredaran darah. Ini boleh menyebabkan ketidakseimbangan cecair dan sistem imun dikompromi, berpotensi untuk membentuk isu-isu kesihatan yang lebih serius jika tidak dirawat dengan segera. Ianya disyorkan untuk mendapatkan rawatan kesihatan secepat mungkin untuk mengetahui tahap cirit-birit tersebut, terutamanya jika anak anda masih terlalu muda untuk menyuarakan ketidakselesaan mereka.

Bagaiamanakah anda mengelakkan anak anda daripada mengalami cirit-birit?

Sentiasa mengamalkan amalan kebersihan yang baik, terutamanya teknik pembasuhan tangan yang baik. Pastikan peralatan makanan anda sentiasa disanitasi dengan baik. Sentiasa cakna dengan kepekatan dan kuantiti nutrisi tambahan yang tepat untuk diberikan kepada anak anda (seperti susu formula), dan jumlah yang diberi sesuai untuk keperluan dan umur anak anda.

Nutrisi yang tepat dapat membantu meningkatkan pertahanan semula jadi anak anda untuk melawan kebanyakkan jangkitan. Friso® Gold mengandungi nutrien-nutrien penting seperti Vitamin B6 dan C, Selenium, 2'-FL, GOS, Zinc dan DHA untuk membantu anak anda membesar lebih kuat dari dalam, untuk ketahanan badan yang lebih baik di luar.

Anak anda mungkin sensitif terhadap sesetengah kandungan dalam susu formula yang berdasarkan tenusu, seperti laktosa di dalam formula yang diperbuat daripada susu lembu. Jika ianya adalah penyebab untuk perut yang meragam, semak dengan pakar kesihatan kanak-kanak untuk solusi.

Bagaimanakah anda boleh mengurangkan gejala cirit-birit anak anda?

Walaupun ianya merisaukan bagi mana-mana ibu bapa, kanak-kanak yang mengalami cirit-birit ringan selalunya sembuh secara semulajadi dalam beberapa hari. Hidrasi semula adalah kunci utama, jadi pastikan anak anda minum air yang mencukupi untuk menggantikan cecair yang telah hilang. Jika anak anda diberikan susu formula, anda boleh menyambung semula tanpa mencairkannya, memastikan mereka meneruskan makanan yang biasa dimakan.

Anda juga boleh mempertimbangkan makanan yang tinggi dengan serat pemakanan, seperti beras perang atau sebahagian kecil pisang, ke dalam pemakanan anak anda semasa mereka pulih. Makanan yang mengandungi serat mudah larut yang tinggi dapat membantu menyerap cecair dan melegakan gejala-gejala cirit-birit. Najis basah boleh merengsakan kulit anak kecil anda, jadi pastikan anda menyalin lampin dengan kerap. Teruskan untuk mengurus dan memantau sehingga mereka membuang najis pepejal kurang daripada 3 kali sehari.

Bilakah perlu berjumpa dengan doktor?

Jika gejala cirit-birit adalah berterusan atau kritikal, sudah tiba masanya untuk berjumpa dengan doktor anda. Gejala-gejala berikut menunjukkan keadaan yang serius dan memerlukan perhatian perubatan:

  • Kerap membuang najis lembik
  • Darah di dalam najis
  • Demam dan kepenatan atau kelesuan, dengan mata yang mendalam atau kering, terutamanya menangis tanpa air mata.
  • Pengeluaran air kencing yang lemah
  • Muntah berterusan
  • Tidak boleh atau tidak mahu makan
  • Kedahagaan yang melampau
  • Paresis rektum ataupun prolaps rektum yang disebabkan oleh penggunaan berlebihan rektum dalam cirit-birit kronik

Bergantung kepada kondisi, pakar kesihatan anda mungkin akan memberikan preskripsi ubat anti-cirit, anitbiotik, atau merujuk anda ke pakar untuk terapi selanjutnya. Ianya dinasihatkan untuk mengikut penetapan rawatan oleh pakar kesihatan kanak-kanak dengan ketat daripada bergantung kepada rawatan atau penawar di rumah kerana anak kecil mungkin masih belum mempunyai sistem imun yang kuat untuk melawan serangan cirit-birit kritikal dengan sendiri.

Buat sementara waktu, ianya penting untuk anda cuba untuk memastikan anak anda selesa sementara memastikan mereka terhidrat secukupnya dan diberi makan dengan baik. Salah satu cara untuk mencapai ini adalah dengan menyediakan susu formula seperti Friso® Gold Step 3 atau Friso® Gold Step 4 untuk anak anda kerana ia bukan hanya membantu meningkatkan pengambilan cecair mereka, tetapi membekalkan semula sesetengah nutrien-nutrien yang telah hilang dan meningkatkan pertahanan semulajadi untuk melawan jangkitan.

Dibuat daripada susu dan diproses sekali sahaja dengan Teknologi LocNutri™ untuk mengekalkan lebih dari 90% nutrien-nutrien, Friso® Gold menggabungkan kebaikan alam semulajadi dengan sains untuk memberikan anda susu yang mudah untuk dihadam dengan lebih 50 nutrien-nutrien penting untuk membantu anak anda membesar kuat dari dalam. Friso® Gold kini dengan NOVAS™ Signature Milk dengan molekul yang semulajadinya kecil dan berstruktur lembut, mempunya tiada perasa tambahan untuk penghadaman yang mudah supaya anak anda boleh menjadi kuat dari dalam. Ianya penting untuk anak anda untuk mempunyai penghadaman yang baik, bukan sahaja untuk keselesaan mereka tetapi untuk mengelakkan sebarang komplikasi di masa hadapan. Anda boleh meminta sampel: Cuba 1 hari pek percubaan percuma atau 50% diskaun untuk pek percubaan 6 hari!

 

Rujukan:
 1,2. https://doh.wa.gov/sites/default/files/legacy/Documents/8100//961-158-CSHCN-NI-en-L.pdf (Accessed on March, 2022)

3. Centers for Disease Control and Prevention. Epidemiology and Prevention of Vaccine-Preventable Diseases. Atkinson W, Hamborsky J, McIntyre L, et al, eds. 10th ed. Washington, DC: Public Health Foundation; 2007:295–306.

4. https://medlineplus.gov/genetics/condition/lactose-intolerance/

5. http://www.caringforkids.cps.ca/handouts/dehydration_and_diarrhea

 

Mummy trace information of Friso Gold® milk powder by scanning QR at bottom of tin

Inilah Yang Diharapkan oleh Ibu-Ibu Malaysia daripada Susu Ibu Mengandung dan Susu Formula untuk Kanak-kanak

Inilah Yang Diharapkan oleh Ibu-Ibu Malaysia daripada Susu Formula untuk Kanak-kanak. Ketahui apa yang mereka katakan di sini!