3 Recipes For Mums-To-Be For Each Trimester
Meal planning is not the easiest job, we decided to put together three.... read more
Kebolehan membawa kehidupan ke dalam dunia adalah sesuatu yang menakjubkan, dan sebagai seorang ibu yang mengandung: tiada apa yang lebih menggembirakan mereka daripada mengetahui bahawa anak mereka yang sedang berkembang membesar dengan sihat. Antara beberapa perkara yang boleh dilakukan oleh ibu untuk anak mereka yang sedang berkembang, peminuman susu ibu mengandung pastinya mendahului senarai kerana ia membawa manfaat untuk ibu-ibu dan bayi1. Teruskan membaca untuk mengetahui cara anda boleh mengambil langkah terbaik sebagai ibu baru, dan bagaimana susu tepung ibu mengandung kami: Friso® Gold Mum boleh memudahkan proses itu sedikit.
Kami sentiasa mengenali susu formula sebagai produk yang sangat berkhasiat kerana ia mengandungi banyak nutrien yang diperlukan seperti Vitamin B & D, protein, asid amino dan asid lemak1. Berikut adalah manfaat-manfaat lain untuk ibu mengandung: baca terus untuk mengetahui
Susu menyumbang kepada pengambilan asid folik ibu hamil, yang secara langsung menyumbang kepada pertumbuhan janin. Ia juga membantu menjana lebih banyak sel darah merah, yang sangat penting untuk kesihatan ibu hamil. Kandungan kalsiumnya juga menggalakkan perkembangan gigi dan tulang janin1.
Hanya dengan menambah susu ibu mengandung ke dalam diet mereka, ibu-ibu dapat mengurangkan kehilangan nutrien yang mungkin disebabkan oleh mual pagi atau muntah. Selain itu, terdapat juga pengurangan risiko sklerosis berganda, riket neonatal dan osteoporosis1. Akhir sekali, ia menyumbang kepada penambahan berat badan yang sihat kerana susu adalah bahagian penting dalam diet yang kaya dengan nutrien-nutrien2.
Di antara banyak pilihan, susu lembu adalah susu yang paling sesuai untuk ibu hamil kerana ia mengandungi kebanyakan nutrien penting yang diperlukan untuk janin yang sihat. Berikut adalah beberapa yang lebih penting:
Kalsium secara langsung menyumbang kepada pertumbuhan dan perkembangan gigi dan tulang janin, manakala zat besi adalah untuk mengangkut oksigen kepada bayi5.
Vitamin D memudahkan penyerapan kalsium dan fosforus. Fosforus adalah penting dalam membina tulang yang kuat untuk ibu dan bayi. Ia juga memudahkan fungsi badan seperti pembekuan darah dan pembaikan tisu dan sel, serta mengekalkan denyutan jantung yang normal3.
Susu mengandungi 8 jenis vitamin B (B1, B2, B3, B5, B6, B7, B9, B12) yang berbeza yang membolehkan enzim yang dihasilkan oleh badan kita membebaskan tenaga daripada karbohidrat dan lemak, seterusnya memecahkan asid amino6.
Berminat untuk mengetahui lebih lanjut kandungan susu formula untuk ibu mengandung? Klik di sini.
Kualiti, kualiti, kualiti. Tidak sepatutnya ada sebarang kompromi kerana susu formula yang diminum oleh ibu mengandung boleh menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan anak mereka secara langsung. Oleh itu, adalah penting untuk memilih jenama yang mempunyai proses kawalan kualiti yang ketat.
Untuk menangani keperluan khusus bakal ibu, susu ibu mengandung sering disyorkan kerana ia membantu mengimbangi keperluan pemakanan anda dan anak anda dengan selamat. Kami telah merumuskan Friso® Gold Mum dengan mengutamakan ibu dan anak, dan formula Dual Care+ yang unik menyokong anda dalam perjalanan kehamilan anda. Beberapa nutrien-nutrien penting yang diberikan oleh Friso® Gold Mum kepada anda termasuk:
Vitamin B12 - Diperlukan untuk penghasilan sel darah merah dan fungsi sistem saraf yang sihat3.
Asid Folik - Asid folik penting untuk pertumbuhan dan pembahagian sel. Folat memainkan peranan dalam pembentukan sel darah merah. Folat membantu mengekalkan pertumbuhan dan perkembangan janin4.
Iodin - Penting untuk pembentukan hormon tiroid, yang menyokong perkembangan otak5.
Vitamin D - Vitamin D diperlukan untuk penyerapan dan penggunaan kalsium dan fosforus1.
Kalsium - Membantu dalam pertumbuhan dan perkembangan normal tulang dan gigi2.
Indeks glisemik rendah - Indeks glisemik (GI) ialah satu sistem penarafan untuk makanan yang mengandungi karbohidrat. Ia menunjukkan betapa cepat makanan mempengaruhi paras gula (glukosa) dalam darah anda apabila dimakan sendiri. Indeks glisemik (GI) yang rendah boleh membantu ibu mengelakkan berat badan berlebihan semasa mengandung.
Apabila anda mempertimbangkan susu tepung ibu mengandung, sebaiknya pertimbangkan asal-usul susu, proses pembuatan, kandungan nutrien serta yang membantu anda mengawal penambahan berat badan semasa kehamilan. Friso® Gold Mum mengekalkan nutrien semula jadi susu untuk memberikan anda apa yang anda perlukan dalam perjalanan kehamilan anda. Anda sekarang sudah sedar tentang kepentingan susu ibu mengandung, jom lihat apa yang ditawarkan oleh Friso® Gold Mum sekarang!