Langkau ke kandungan utama
A child is drinking formula milk

Berapa lama susu formula tahan selepas dibancuh

Bolehkah saya menyimpan susu formula di dalam peti sejuk? Berapa lama susu formula tahan selepas dicampur, dalam peti sejuk dan di suhu ruangan? Ketahui kaedah penyimpanan susu untuk memastikan kualiti produk terbaik. Baca selanjutnya!

Penyediaan & Penyimpanan Formula

Sebelum anda mula, anda harus basuh tangan anda dengan sabun. Pastikan bekas/cawan minuman dibersihkan atau disterilkan dengan betul kerana ia boleh menyebabkan jangkitan kuman jika tidak dibersihkan dengan betul.

Arahan penyediaan adalah mudah: Sukat dan tambah 5 sudu serbuk yang diratakan kepada 180ml air suam. Ini merupakan cadangan hidangan untuk Friso® Gold 3. Jika anda lebih suka mendidih air paip anda, ia hendaklah disejukkan ke bawah 40°C sebelum penyediaan. Putar atau goncang perlahan bekas minuman secara mendatar ketika membancuh untuk mengurangkan buih udara sebelum diberikan kepada si manja.

Berapa lama susu formula tahan di suhu ruangan? Anda boleh menyimpan susu formula pada suhu ruangan sehingga 1 jam selepas penyediaan, dan menyimpan susu tepung formula di tempat kering yang sejuk. Jangka hayat serbuk formula Friso® Gold 3 ialah 2 tahun, tetapi sebagai garis panduan keseluruhan kandungan harus diminum dalam masa 4 minggu selepas dibuka. Pastikan anda menyemak label pembungkusan; jangan gunakan bekalan susu formula yang telah tamat tempoh untuk menjimatkan kos atau susu formula daripada tin yang sudah kemek kerana ia mungkin tercemar dengan bakteria, yang boleh menyebabkan penyakit.

Berapa Lama Susu Formula Tahan Selepas Dicampurkan

Kadangkala, anak anda mungkin tidak mahu minum susu selepas anda menyediakannya. Jadi berapa lama anda boleh menyimpan susu formula yang sudah disediakan dan bagaimana untuk menyimpannya?

Walaupun ada yang mengatakan bahawa anda boleh menyediakan beberapa formula lebih awal, kami menasihatkan anda menggunakan Friso® Gold 3 dalam masa 1 jam selepas penyediaan. Ia dirumus khas dengan teknologi LocNutri™, di mana hanya rawatan haba ringan digunakan semasa proses pembuatan susu untuk mengekalkan nutrien dalam struktur asalnya. Ini menghalang protein daripada rosak atau musnah, serta menggalakkan sistem penghadaman dan penyerapan nutrien yang baik. Dengan menggunakan susu formula dalam masa yang ditetapkan, anda mengurangkan resiko pertumbuhan bakteria, dan anak anda mendapat nutrisi yang mudah dihadam yang mereka perlukan 5.

Selain itu, jangan simpan susu formula yang tertinggal selepas diminum. Terdapat kemungkinan bakteria telah terbentuk sejak itu, jadi sebaiknya buang demi kesihatan anak anda 5.

Kesan jika salah kendali susu formula

Selain itu, salah kendali susu formula boleh menyebabkan anak mengalami sakit perut dan cirit-birit1. Ibu ayah dinasihat perhatikan cara pengendalian sebelum melihat faktor penyumbang yang lain 1.

Adakah susu formula boleh dipanaskan semula

Anda harus mengelakkan diri daripada memanaskan susu formula semula2. Sebaik sahaja anak anda minum susu dari bekas, mikroorganisma dari mulut anak anda sudah memasuki dalam susu formula2. Jika lebihan susu tersebut disejukkan atau dipanaskan, mikroorganisma berpeluang untuk membiak.

Bolehkah saya menyimpan susu formula di dalam peti sejuk?

Anak anda mungkin lebih suka susu sejuk atau suhu ruangan, dan mereka akan menunjukkan kepada anda tanda-tanda keutamaan mereka. Jadi ya, anda boleh menyimpan formula susu campuran di dalam peti sejuk, pastikan untuk mengetatkan penutupnya3. Ingatlah untuk menggunakannya dalam masa 1 jam penyediaan kerana penyejukan yang lebih lama boleh menyebabkan pengumpulan bakteria3. Tidak seperti beberapa formula lain, anda tidak boleh menyimpan campuran Friso® Gold 3 di dalam peti sejuk selama 24 jam atau lebih. Cuba mengikut jadual tidur anak anda dan carta pengambilannya jika boleh.

Jika anda perlu memanaskan susu yang telah disimpan di dalam peti sejuk, jangan gunakan microwave; ia boleh menyebabkan "titik panas" berbahaya dalam cecair yang boleh membakar mulut dan tekak anak anda4. Sentiasa pertimbangkan keselamatan anak anda terlebih dahulu! Memanaskan susu yang disejukkan adalah mudah - anda boleh cuci bekas minuman di bawah air panas, atau meletakkannya dalam periuk air panas (yang telah dikeluarkan dari dapur)4. Goncang, dan uji suhu dengan letak beberapa titis pada pergelangan tangan dalaman anda4. Jika ia melecur, biarkan ia sejuk selama beberapa minit pada suhu ruangan sebelum diperiksa semula.

Memandangkan anda telah mempelajari pelbagai maklumat dan langkah berjaga-jaga, berapa lama anda boleh menyimpan susu formula campuran serta berapa lama susu formula baik selepas dicampur, kongsi ini dengan ibu bapa dan penjaga yang lain. Friso® Gold Malaysia mahukan yang terbaik untuk anda dan anak anda.

Susu Formula - Friso® Gold 3

Friso® Gold 3 adalah susu formula yang dihasilkan untuk kebaikan anak kecil yang berumur antara 1 hingga 3 tahun dengan nutrien Mudah Dihadam supaya mereka boleh menjadi kuat dari dalam supaya mereka dapat menikmati lebih banyak pengalaman bersama anda. Susu tepung Friso® Gold 3 juga baik untuk kanak-kanak yang mengalami masalah sembelit kerana ia lebih mudah dihadam.

DHA, AA, Omega 3&6 - DHA penting untuk perkembangan visual dan kognitif yang optimum6. AA diiktiraf kerana peranan utamanya untuk kesihatan optimum, kognisi dan perkembangan semasa kehidupan awal kanak-kanak7. Asid lemak Omega 3 dan 6 penting untuk perkembangan otak, sistem saraf, organ deria dan kecerdasan8.

Kalsium, Protein, Vitamin & Mineral - Pertumbuhan otot dan tulang. Kalsium membantu dalam pertumbuhan dan perkembangan normal tulang dan gigi. Protein adalah penting untuk pertumbuhan, perkembangan dan pembaikan tisu dalam badan anak anda9. Protein membekalkan asid amino yang diperlukan untuk sintesis protein. Vitamin dan mineral adalah penting untuk pertumbuhan dan metabolisme10.

GOS, Nukleotida & Bifido Lactis - Membantu menyerap nutrien-nutrien utama & membina sistem imun yang kuat. GOS ialah prebiotik yang boleh membantu masalah sembelit dan banyak lagi11. Nukleotida boleh menggalakkan pertumbuhan gastrousus dan imunologi yang sihat pada kanak-kanak kecil12. Bifido Lactis penting untuk pencegahan cirit-birit serta kematangan imun dan usus13.

Susu Formula - Friso® Gold 4

Friso® Gold 4 diformulasikan untuk kanak-kanak berumur 3 tahun ke atas dan mengandungi pilihan sokongan nutrisi yang tepat melalui susu tepungnya dan juga baik untuk kanak-kanak yang mengalami masalah sembelit17 iaitu:

DHA, AA, Omega 3&6 - DHA penting untuk perkembangan visual dan kognitif yang optimum6. AA diiktiraf kerana peranan utamanya untuk kesihatan optimum, kognisi dan perkembangan semasa kehidupan awal kanak-kanak7. Asid lemak Omega 3 dan 6 penting untuk perkembangan normal otak, sistem saraf, organ deria dan kecerdasan8.

Kalsium, Protein, Vitamin & Mineral - Nutrien-nutrien ini menyokong pertumbuhan otot dan tulang kanak-kanak berumur 4 tahun ke atas, serta meningkatkan kesihatan penglihatan mereka. Kalsium membantu dalam pertumbuhan dan perkembangan normal tulang dan gigi. Protein adalah penting untuk pertumbuhan, penyelenggaraan dan pembaikan tisu badan anak anda9. Apabila kuprum digabungkan dengan besi, ia membolehkan badan membina sel darah merah serta mengekalkan tulang, saluran darah, saraf, dan sistem imun yang sihat14. Vitamin A meningkatkan penglihatan dan fungsi imun15. Vitamin K1 membantu menghasilkan protein lain dalam badan yang penting untuk kesihatan darah, tulang dan buah pinggang serta boleh didapati dalam sayur-sayuran hijau berdaun gelap16.

GOS, Nukleotida & Bifido Lactis - Membantu menyerap nutrien-nutrien utama & membina sistem imun yang kuati11. GOS ialah prebiotik yang boleh membantu masalah sembelit dan banyak lagi11. Nukleotida boleh menggalakkan pertumbuhan gastrousus dan imunologi yang sihat pada kanak-kanak kecil12. Bifido Lactis penting untuk pencegahan cirit-birit serta kematangan imun dan usus13.

Teknologi LocNutri™: Penghadaman Mudah supaya Lebih Kuat Dari Dalam

Cubalah Friso® Gold Step 3 iaitu, susu formula yang dihasilkan untuk kebaikan anak kecil yang berumur antara 1 hingga 3 tahun, dan Friso® Gold Step 4 untuk kanak-kanak berumur 3 tahun ke atas. Dihasilkan daripada susu berkualiti tinggi dan diproses sekali sahaja dengan Teknologi LocNutri™ untuk mengekalkan nutrien maksimum, Friso® Gold menggabungkan kebaikan alam semula jadi dengan sains untuk membawa kepada anda susu mudah dihadam dengan lebih daripada 50 nutrien-nutrien penting untuk membantu anak anda membesar lebih kuat dari dalam.​ Ia amat penting untuk anak anda mempunyai penghadaman yang baik bukan sahaja untuk keselesaan mereka tetapi juga untuk mengelakkan komplikasi pada masa depan mereka. Anda boleh mendapatkan sampel: Cuba pek percubaan 1 hari percuma atau diskaun 50% untuk pek percubaan 6 hari.

Formula Friso® Gold mengekalkan nutrien semulajadi susu untuk memberikan si manja anda apa yang mereka perlukan untuk perkembangan. Ketahui lebih lanjut hari ini!

 

 

Rujukan

  1. Vitamin D. (2022). Retrieved 13 June 2022, from https://www.hsph.harvard.edu/nutritionsource/vitamin-d/
  2. Vitamin B6. (2022). Retrieved 13 June 2022, from https://www.hsph.harvard.edu/nutritionsource/vitamin-b6/
  3. Vitamin E. (2022). Retrieved 13 June 2022, from https://www.hsph.harvard.edu/nutritionsource/vitamin-e/
  4. Vitamin C. (2022). Retrieved 13 June 2022, from https://www.hsph.harvard.edu/nutritionsource/vitamin-c/
  5. Jong, C. J., Sandal, P., & Schaffer, S. W. (2021). The Role of Taurine in Mitochondria Health: More Than Just an Antioxidant. Molecules (Basel, Switzerland), 26(16), 4913. https://doi.org/10.3390/molecules26164913
  6. Selenium. (2022). Retrieved 13 June 2022, from https://www.hsph.harvard.edu/nutritionsource/selenium/
  7. Fanaro S, Boehm G, Garssen J, Knol J, Mosca F, Stahl B, Vigi V. Galacto-oligosaccharides and long-chain fructo-oligosaccharides as prebiotics in infant formulas: a review. Acta Paediatr Suppl. 2005 Oct;94(449):22-6. doi: 10.1111/j.1651-2227.2005.tb02150.x. PMID: 16214761.
  8. Zinc. (2022). Retrieved 13 June 2022, from https://www.hsph.harvard.edu/nutritionsource/zinc/
  9. Birch EE, Hoffman DR, Uauy R, Birch DG, Prestidge C. Visual acuity and the essentiality of docosahexaenoic acid and arachidonic acid in the diet of term infants. Pediatr Res. 1998 Aug;44(2):201-9. doi: 10.1203/00006450-199808000-00011. PMID: 9702915.
  10. HOW TO PREPARE AND STORE POWDERED INFANT FORMULA. (2022). Retrieved 13 June 2022, from https://www.cdc.gov/nutrition/downloads/prepare-store-powered-infant-formula-508.pdf
  11. Rothstein, J. D., Mendoza, A. L., Cabrera, L. Z., Pachas, J., Calderón, M., Pajuelo, M. J., Caulfield, L. E., Winch, P. J., & Gilman, R. H. (2019). Household Contamination of Baby Bottles and Opportunities to Improve Bottle Hygiene in Peri-Urban Lima, Peru. The American journal of tropical medicine and hygiene, 100(4), 988–997. https://doi.org/10.4269/ajtmh.18-0301
  12. Dana Towle, Deborah A. Callan, Patricia A. Farrel, Marie E. Egan, Thomas S. Murray, Baby bottle steam sterilizers disinfect home nebulizers inoculated with bacterial respiratory pathogens, Journal of Cystic Fibrosis, Volume 12, Issue 5, 2013, Pages 512-516, ISSN 1569-1993 https://doi.org/10.1016/j.jcf.2012.11.013.
  13. Cleaning and sterilising baby bottles. (2022). Retrieved 13 June 2022, from https://www.pregnancybirthbaby.org.au/cleaning-and-sterilising-baby-bottles

Young pregnant woman exercising on yoga mat

Senaman Untuk Ibu Mengandung Mengikut Trimester

Senaman untuk ibu hamil sangat penting bagi kesihatan & keselesaan ibu dan anak. Dapatkan senaman yang sesuai untuk ibu mengikut trimester kehamilan. Lihat selanjutnya.