What to Eat and Not to Eat During Lactation
Many new mums wonder how lactating will affect their diet. There are a.... read more
Masa dalam pantang adalah satu praktis tradisional yang dilakukan selepas bersalin. Walaupun ada yang menganggap ianya hanya peraturan dan pantang-larang, ianya sebenarnya bertujuan untuk membantu ibu-ibu baru untuk pulih semula selepas bersalin. Ibu-ibu baru "dikuarantin" di rumah, atau di zaman moden ini, di pusat-pusat berpantang yang direka untuk ibu-ibu dalam masa pantang. Sementara beberapa budaya tidak mempunyai praktis ini, negara berbilang kaum seperti Malaysia, komuniti-komuniti etnik Cina, Melayu dan India, masing-masing mempunyai kepercayaan dan amalan tersendiri sejak zaman dahulu lagi. Perkara seumpama di antara amalan-amalan ini adalah matlamat untuk menyokong ibu-ibu baru untuk pulih dan mendapat kembali kekuatan fizikal dan emosi mereka. Berikut adalah kebaikan-kebaikan yang ibu-ibu terima di pusat berpantang:
Sepanjang tempoh berpantang anda, penting untuk anda berasa selesa di tempat yang anda tinggal. Kebanyakkan pusat berpantang menawarkan pelbagai bilik yang berbeza harga untuk dipilih oleh anda, bergantung kepada pilihan dan bajet anda. Sesetengah pusat berpantang membenarkan keluarga terdekat atau ibu bapa mertua untuk datang dan tinggal bersama. Salah satu perkara yang baiknya, anda tidak perlu risau tentang membuat kerja rumah!
Ibu-ibu yang baru bersalin seringkali tidak mempunyai tenaga untuk memasak atau menyediakan makanan mereka sendiri, apatah lagi untuk memasak keseluruhan menu. Makanan yang tidak seimbang, kekurangan nutrisi dan tidak sihat - tidak mempunyai protein, sayuran berdaun, buah-buahan dan lain-lain -- boleh menyebabkan badan anda untuk tidak pulih dengan sebaiknya selepas bersalin. Dehidrasi juga boleh menjadi satu isu potensi jika ibu-ibu lupa untuk meminum air. Di pusat-pusat berpantang, ibu-ibu baru tidak perlu risau langsung! Banyak pusat berpantang berkualiti yang disyorkan mempunyai chef profesional setiap masa dan juga pakar diet untuk memastikan ibu-ibu memakan makanan segar yang mengandungi nutrisi yang baik dan pengambilan air yang mencukupi. Dengan semuanya terjaga, ibu-ibu hanya perlu fokus terhadap kebaikan diri mereka - dari dalam dan di luar.
Proses bersalin dan kesakitan yang datang bersama mampu menjadi satu perkara yang mencabar bagi tubuh seorang wanita. Tambahan lagi jika tempoh kehamilan antara satu sama lain dekat, badan akan berasa letih dan tidak mempunyai masa untuk pulih. Oleh disebabkan itu, waktu rehat adalah sangat penting untuk membantu proses pemulihan. Anda akan merasa keselesaan, kebahagiaan dan kegembiraan apabila anda mendapat tidur yang berkualiti! Di pusat berpantang, terdapat banyak staf profesional yang akan membantu aktiviti harian anda supaya anda mendapat rehat yang mencukupi. Bantuan yang lengkap untuk memulihkan kesihatan fizikal dan mental anda.
Staf-staf di pusat berpantang memberikan penjagaan dan perkhidmatan setiap masa jika ibu-ibu memerlukan bantuan. Staf di pusat berpantang ialah pakar yang telah dilatih seperti jururawat berdaftar, pengasuh pantang, bidan, dan sebagainya. Walaupun mereka selalu membantu ibu-ibu di dalam bilik, jangan risau tentang privasi. Anda boleh memaklumkan kepada staf tentang pilihan dan jangkaan anda berkenaan dengan ruang peribadi anda.
Ibu-ibu baru mungkin merasakan atau mendapati mereka keliru tentang apa yang perlu dilakukan. Perkara ini adalah biasa, jadi jangan biarkan ia memberi kesan kepada anda kerana tiada yang perlu dimalukan. Pusat berpantang yang baik bukan sahaja mempunyai kelayakan dan pensijilan untuk amalan-amalan berpantang, mereka juga memberikan ibu-ibu baru pengetahuan, sokongan, dorongan dan menawarkan pelbagai kelas-kelas untuk mengetahui tentang keibubapaan. Di situ, anda juga boleh belajar tentang kemahiran keibubapaan untuk digunakan di dalam kehidupan seharian sebagai seorang ibu seperti penjagaan asas anak, mandi, menukar lampin, dan juga memahami anak anda. Ini adalah beberapa kebaikan untuk tinggal di pusat berpantang selepas melahirkan anak anda. Terdapat banyak lagi, tetapi ianya penting untuk mengetahui bahawa ianya bukanlah sebuah kewajipan anda untuk anda melalui pantang selepas melahirkan anak. Jika anda beniat untuk pergi ke pusat berpantang, ingatlah bahawa perjalanan anda untuk pemulihan yang sihat dan menjadi ibu yang baik boleh bermula di pusat-pusat ini.
Untuk menyimpulkan pemulihan kesihatan anda, cubalah Friso® Gold Mum? Ia diformulasikan dengan nutrisi penting DualCare+™ untuk menyokong perubahan fisiology semasa kehamilan dan menyediakan asas yang baik untuk anak anda yang sedang membesar! Formula Friso® Gold Mum ini rendah dalam Indeks Glisemik (GI), direka untuk membantu ibu-ibu mengandung untuk mengekalkan berat yang sihat sepanjang kehamilan mereka. Hanya 3 cawan setiap hari untuk membantu perjalanan anda.