Langkau ke kandungan utama
Mummy trace information of Friso Gold® milk powder by scanning QR at bottom of tin

Inilah Yang Diharapkan oleh Ibu-Ibu Malaysia daripada Susu Ibu Mengandung dan Susu Formula untuk Kanak-kanak

Inilah Yang Diharapkan oleh Ibu-Ibu Malaysia daripada Susu Formula untuk Kanak-kanak. Ketahui apa yang mereka katakan di sini!

Dengan kemajuan teknologi, ibu bapa generasi baharu menjadi semakin prihatin tentang pembelian mereka dan mengharapkan kejelasan, serta akauntabiliti daripada jenama susu formula yang mereka ingin beli. Memandangkan susu formula diambil secara langsung oleh mereka sendiri dan anak-anak mereka, ibu bapa pastinya inginkan ketenangan fikiran apabila memilih jenama susu formula.

Didapati bahawa ibu bapa Malaysia menyuarakan sentimen yang sama berikutan tinjauan yang dijalankan oleh theAsianparent dan Friso Gold®. Dalam usaha untuk mengenal pasti faktor-faktor pendorong pembelian mereka, para ibu mendedahkan kebimbangan dan keinginaan mereka untuk mendapatkan susu tepung formula terbaik untuk kanak-kanak, serta susu ibu mengandung yang betul.

Baca untuk mengetahui lebih lanjut tentang apa yang ibu mengandung dan ibu yang mempunyai anak (12 bulan dan ke atas) di Malaysia katakan tentang susu formula.

 

Susu Tepung Malaysia - Maklumat Pembungkusan

Mums feel milk powder packaging has insufficient information to assess and make decisions

Para ibu merasakan pembungkusan susu tepung tidak mempunyai maklumat yang terperinci untuk mereka menilai dan membuat keputusan Keinginan para ibu untuk meningkatkan ketelusan didorong oleh isu yang membimbangkan dan secara langsung memberi kesan negatif kepada mereka atau anak mereka. Kebimbangan ini disebabkan oleh penarikan balik produk sebelum ini dan pelanggaran keselamatan berhubung dengan produk makanan.

Para ibu kini merasakan bahawa maklumat pembungkusan tidak mencukupi untuk menilai susu formula, dan sedang mencari pengisytiharan mengenai proses pemeriksaan kualiti sebagai satu bentuk jaminan bahawa produk itu benar-benar selamat untuk mereka, serta anak-anak mereka.

Ini termasuk ketelusan tentang cara pemeriksaan kualiti dijalankan semasa pengeluaran makanan, serta semasa penyumberan makanan dan jenis pelaksanaan kawalan kualiti.

Para ibu inginkan maklumat lanjut

Mums want to know the types of quality control, product authenticity and quality check process before making decision

Para ibu ingin tahu jenis kawalan kualiti, ketulenan produk dan proses semakan kualiti sebelum membuat keputusan

Ibu-ibu berkongsi pelbagai kebimbangan apabila memuktamadkan keputusan pembelian susu tepung - mereka kini ingin menjejaki maklumat untuk mendapatkan gambaran yang jelas tentang jenis kawalan kualiti, ketulenan produk dan proses semakan kualiti sebelum mereka membuat keputusan.

Terdapat dua faktor yang mereka ambil kira dalam pemeriksaan kualiti susu formula - sumber makanan dan cara ia diproses semasa pengeluaran. Setiap negara mempunyai peraturan tersendiri yang kompleks dalam hal pengurusan kualiti kerana risiko pemeriksaan yang tidak betul boleh memberi implikasi teruk kepada ibu dan anak.

 

Susu Tepung Malaysia - Mengapa ibu bapa ingin mengesan maklumat

Mums want to trace information to be assured that the milk powder is genuine and safe to consume

Ibu-ibu ingin mengesan maklumat untuk memastikan susu tepung itu asli dan selamat untuk diminum

Majoriti peserta menekankan bahawa ketelusan dan keupayaan untuk mengesan maklumat penting tersebut adalah faktor yang memberikan mereka keyakinan yang mereka perlukan dalam sesuatu jenama dan susu tepung. 91 peratus ibu menyatakan mereka mahu keraguan mereka ditenangkan dengan mengetahui produk susu tepung formula telah menjalani pemeriksaan terperinci dan selamat diambil untuk mereka dan anak mereka.

Susulan itu, mereka ingin mampu mengesan maklumat bagi memastikan produk susu tepung formula yang sedia ada adalah tulen dengan jaminan kualiti.

 

Bagaimana ibu bapa berkeyakinan dengan sesuatu produk

Mums trust a brand more if their products are of good quality and have gone through stringent quality control process

Para ibu lebih berkeyakinan jika jenama produk mereka berkualiti dan telah melalui proses kawalan kualiti yang ketat

Kini, ketelusan jenama lebih penting berbanding sebelum ini – pelanggan ingin mengetahui segala-galanya tentang produk yang mereka beli dan tentang syarikat pengeluarannya. Ini khas untuk ibu-ibu khususnya apabila memilih jenama susu tepung formula dengan khasiat utama untuk kesihatan kandungan semasa hamil, dan anak-anak mereka.

Bagi ibu-ibu, walaupun nutrien-nutrien utama seperti vitamin, mineral dan kandungan DHA dalam susu tepung adalah penting, kepercayaan diraih melalui produk susu berkualiti baik dengan ketelusan prosesnya. Jenama yang boleh menunjukkan formulasi mereka dibuat daripada sumber makanan yang boleh dipercayai dan telah mematuhi kawalan kualiti yang sewajarnya akan memberikan para ibu jaminan yang mereka inginkan untuk diri mereka sendiri dan anak mereka.

Dengan itu, pilihlah jenama anda dengan bijak. Di masa akan datang, jika anda mempertimbangkan jenama, pertimbangkan faktor selain harga dan khasiat susu tepung. Pilih susu tepung formula yang turut membolehkan anda menjejaki perjalanan produk dari ladang ke troli, supaya anda boleh keluar dari kedai dengan ketenangan fikiran.

 

Credit source: https://my.theasianparent.com/friso-milk-survey

 

 

Happy child comes with good digestion

Penghadaman Yang Baik Untuk Anak Riang

Sebagai orang dewasa, kita tahu tanda-tanda dan gejala senak dan betapa teruknya ia mempengaruhi mood kita. Sekarang bayangkan anak anda mengalami tanda senak - bagaimanakah mereka dapat menjelaskan perasaan mereka, atau mengenal pasti ketidakselesaan yang mereka hadapi?